Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Holiday in Perth Part 5 (last day)

Imej
Kami mengunjungi pasar pagi di Canningvalle dengan salah seorang chef di Insan's cafe iaitu Syaiful yang mengajak kami melihat pasar pagi di sana. Kami bertolak seawal pukul 6.30 pagi dan pasar itu cuma mengambil masa selama 10 minit untuk sampai. Nak masuk ke pasar pagi ini kena bayar sebanyak AUD1 seorang. Banyak juga barangan yang dijual di sini dengan harga yang lebih murah terutamanya T-shirt hanya dijual AUD5 tanpa mengira saiz. Selain itu, kami turut membeli buah epal 3 biji dengan harga cuma AUD1..sedap sangat epalnya sangat crunchy dan juicy tak sama macam yang kita makan kat Malaysia..sama macam rasa epal kat New Zealand...sedap dan manis sangat. Saya juga turut membeli buah strwaberry sekotak yang cuma berharga AUD2. Kami juga terjumpa gerai orang Malaysia pasangan dari Kelantan yang menjual sate, nasi beriani, nasi kerabu dan nasi lemak. Apa lagi kami pun terus membeli nasi kerabu dan nasi lemak ayam goreng dan makan di meja yang disediakan tak jauh dari gerai tersebut

Holiday in Perth - Part 4 (Penguin Island, Freemantle)

Imej
Assalamualaikum semua pembaca blog saya..terima kasih kerana sudi membaca blog kembara saya yang tak seberapa ni. Seorang pembaca tegar blog saya yakni my housemate for life a.k.a my hubby complained kepada saya yesterday sebab tak puas hati saya letak gambar dia yang dia rasa tak handsome..siap request suruh tukar gambar..hehehe..saya menjawab suka hati sayalah saya nak letak gambar apa pun sebab itu blog saya dan abang baca atas dasar peminat bukannya hubby..hehe..for me, he still handsome no matter in whatever condition..yer lah dah laki kita kan haruslah rasa hansem..hehehe... Ok, berbalik kepada cerita sambungan travel di Perth yang tak habis-habis lagi ni..kami meneruskan kembara hari ke empat di bumi Perth ini dengan mengunjungi Penguin Island yang jaraknya cuma lebih kurang 50KM dari Perth CBD. Semasa mengunjungi Melbourne tahun lepas saya tak sempat melihat penguin. Oleh itu, trip kali ini saya berazam mesti jumpa cik Penguin yang comel-comel lote itu. Penguin Island tu cant