Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Europe Trip - England (Windsor & Stonehenge -Road Trip Day 1)

Imej
setelah sampai di London kami terus ke tempat sewa kereta yang terletak tidak jauh dari Victoria Coach Station. Kami memilih Sixt Rent A Car Limited. Kami menyewa kereta untuk tempoh lima hari. Memandangkan suami tiada kad kredit maka kad kredit saya yang digunakan bagi urusan sewa kereta melalui online ini. Perlu diingatkan pemilik kad kredit perlu didaftar sebagai main driver. Untuk additional driver untuk meletakkan nama suami saya, bayaran tambahan dikenakan. Untuk tambahan driver saya perlu membayar tambahan 37 pound (+ VAT) untuk lima hari..agak mahal bukan? Undang-undang penyewaan kereta di UK agak strict tidak seperti di Australia yang lebih mesra pelancong. Kat Australia tak kena caj pun untuk penambahan driver. Sila baca terms and conditions dengan jelas sebelum menyewa kereta secara online..harga prepaid dan bayar di kaunter adalah berbeza. Kereta sewa kami Kami membeli insurans tambahan dari company insurance luar iaitu IcarHireInsurance yang cuma berjum

Europe Trip 2015 - Paris

Imej
Assalamualaikum semua pembaca.. Di dalam entry ini dan selepas ini saya akan bercerita mengenai percutian saya ke 4 negara Eropah iaitu Peranchis, England (road trip), Belgium dan juga Holland (Belanda). Kami berdua suami isteri ke sana dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines pada 11 September 2015. Flight ini mengambil masa 12 jam 20 minit sebelum mendarat di Charlles De Guille Airport, Paris pada pukul 6.30 waktu Paris. Kami pulang ke Malaysia pada 25 September 2015 pada jam 11.45 pagi dari Schipol International Airport, Amsterdam. Kami ke sana di saat kejatuhan matawang ringgit yang sangat teruk. Disebabkan semua telah ditempah maka perjalanan tetap diteruskan. Kami telah membuat pelan yang sangat teratur untuk perjalanan kali ini. Insurans perlindungan diri diambil oleh kami berdua suami isteri. Bezanya insurans saya dibayar oleh kerajaan kerana sebagai penjawat awam saya layak menikmati kemudahan ini sekali setahun. Prosedur kastam dan Imigresen di airport Paris amat