Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

SABAH BIRTHDAY TRIP 2016 - Island Hopping (Pulau Sapi, Manukan & Mamutik)

Imej
Pada hari ke empat kami di sana, tibalah masa untuk main air pula..dah lama rasanya tak pergi ke pulau sejak ke Pulau Perhentian pada tahun 2015. Lama sangat dah rasanya. Kami ke Jesselton Point dan membuat keputusan untuk membeli tiket ke Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Malangnya cuaca yang sangat cerah pada mulanya berubah dalam sekelip mata. Jabatan Laut mengarahkan agar semua bot tidak berlepas buat sementara sehingga ribut dan hujan reda. Padahal masa tu dah masuk dalam bot tapi kena keluar semula sebab cuaca di sebelah pulau makin tidak memberangsangkan.    Kami menunggu hampir dua jam untuk hujan reda. Sepatutnya bertolak pada pukul 9 pagi tapi bertolak hampir pukul 12 tgh hari walaupun hujan telah reda pada pukul 11 pagi kerana menunggu bot yang tidak kunjung tiba. Yang mana dah beli tiket dengan company lain dah selamat ke pulau tetapi kami beberapa orang masih tersadai kerana bot tidak kunjung tiba. Teruk betul perkhidmatan company tu. Dah la sampai lambat bila dah ke