Perhentian Kecil, Pulau Perhentian
Minggu lepas, aku dan suami yang tercinta telah bercuti selama 3 hari 2 malam ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta. Kami bertolak dari JB melalui Segamat, Bandar Muadzam dan seterusnya ke Kuantan. Malam tu kami singgah tidur di rumah Ija sepupu husbandku. Bagus juga bila berjalan jauh menaiki kenderaan sendiri ni..setidak-tidaknya dapat juga menziarahi saudara-mara. Esok paginya kami bertolak ke Kuala Besut melalui Kuala Terengganu. Dah lama sangat rasanya tak ke Terengganu. Last sekali aku ke sana pada awal tahun 2008 sebelum aku melangsungkan perkahwinan dengan suami tercinta. Itupun pergi atas urusan kerja dengan menaiki flight. Aku cuma pernah ke Terengganu melalui jalan darat ketika di Tingkatan satu..huh..lamanya! That was 22 years back..Kami sampai ke Jeti Kuala Besut lebih kurang jam 1 tgh hari. Kami lunch dulu kerana bot hanya akan bertolak pada pukul 2.30 petang..almaklumlah hari Jumaat. Kami lepak di pejabat Shari-la Resort yang tak jauh dari jeti sementara menantikan bot. Kami beli tiket bot pun di situ.
Office Shari-la Resort kat mainland |
Jeti Kuala Besut |
Percutian di Perhentian Island memang menyeronokkan. The beach was awesome and the weather also very suitable for snorkling and diving. Actually, the weather is good starting from April every year. So far, between Kapas Island, Tioman Island, Pangkor and Sibu Island, Pulau Perhentian is the best! Kapas also as beautiful as Pulau Perhentian but Perhentian is bigger and has more snorkling and dive sites. The water was crystal clear and the white sand made us feel like in heaven...hohoho!
Depan Shari-la Resort |
Our room |
Kami pilih Shari-la Resort sebagai tempat penginapan 3 hari 2 malam kami di sana. The resort has its own private beach and the beach was awesome. Kami pilih bilik deluxe..besar sikit ada dua katil. Senang nak golek2.. Hehe..shari-la adalah antara resort yang paling cantik dan comfortable di situ dan yang penting ada TV siap ngan astro dan fridge cuma tak ada wifi sahaja. Wifi only available in the reception and dining area. Tapi kalau ramai org pakai wifi memang line perlahan macam siput sedut la jawabnya. Kami tempah 3 bulan awal bilik ni kerana permintaan sangat tinggi sebab April bermulanya musim cuaca baik di sana. Jangan mimpilah nak walk in macam tu saja..pasti kecewa no room available...saya ingat nak tambah bilik untuk mak dan bapa pun tak ada vacancy walaupun sebulan sebelum tarikh kami ke sana. Tak dapatlah bawa mereka tapi tak apa sebab my sister bawa mereka ke Sarawak lima hari selepas kami pulang dari Terengganu. Tapi saya turut menyumbang dengan membayarkan hotel mereka untuk dua malam di sana. My sister bayar untuk flight ticket Malindo Air. Kami ada juga ke Resort lain tapi memang Shari-la paling cantik sebab private beachnya sangat cantik dan tak jauh dari Romantic beach yang airnya sangat jernih dan pasirnya yang seputih salju itu..kat private beach ni pun ikan berlambak- lambak tahap kaki kau akan sentiasa digigit- gigit ikan nakal ni lah ooi...Encik suami gatal ke tengah sikit lagi banyaklah ikan dok gigit kaki dia..sekejap2 menjerit macam pondan tertelan biji rambutan..aww..awhhh..adoiii!! Tapi tak nak juga berganjak ke daratan sikit..poyo!
Best sangat breakfast menghadap laut |
Our resort's private Beach |
Kat pulau ini jugalah menyaksikan buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk snorkling. Mana tahan dok melangut jer kat atas bot sambil bagi ikan makan. Ada sorang pelancong dari China ni pun penakut gak macam aku..hehe..tak padan ngan pakai seksi siap bubuh bunga celah telinga tapi dok jer atas bot ngan aku..hehe..Last2 bila sampai kat turtle Beach rasa tak sanggup lagi nak melopong tengok ikan..maka, menyuarakan hasrat nak turun ke dalam air kepada encik hubby. berkali- kali dia tanya betul ke Ayang nak turun ni? Amboi tak percaya pulak dia..ke tak confident yang bini dia ni bakal tidak menyusahkan dia di dalam air nanti. Bila dah turun..eh..rasa ok pulak. Yang penting jangan panik jer..akhirnya berjaya jua snorkling tapi malangnya turtle tu macam malu nak menampakkan dirinya..ada beberapa orang jer yang berjaya tengok turtle tu. Oh ya, kami ambik pakej snorkling ni kat hotel jer..ambik yang harga RM30 seorang. Memang affordable sangat price tu. Kami dibawa ke 5 tempat snorkling, makan di Fisherman Village ( makan bayar sendiri ok, so kena bawa duit) dan last sekali pergi Romantic Beach yang memang sangat cantik itu..rasa macam dalam filem The beach gitu..cuma hubby saya jer tak macam rupa Leonardo Di Caprio..hehehe..
Tempat snorkling |
Happynya suamiku bersnorkling |
Ikan yang colorful |
Romantic Beach |
Crystal clear water and white sand at Romantic Beach |
Before bertolak untuk snorkling trip |
Us.. |
Our romantic dinner at our resort |
Pulau Perhentian Kecil ni more attractive and lively compared to Perhentian Besar esp to youngster lah..org tua maybe ok kot tinggal kat Pualu Besar tu..sebab more peaceful and rilex. Nak makan pun tak berapa susah kat Perhentian kecil ni sebab banyak kedai makan, yang penting bawa duit jer banyak- banyak! Ramai betul tourist dari oversea datang sejauh2 dari Europe. Perjalanan ke pulau Perhentian adalah dengan menaiki speed bot. So, sesiapa yang rasa takut nak naik bot laju baik tak payah datang atau ambik bot waktu pagi dikala air tengah tenang. So, tak lah melompat-lompat sangat dalam bot tu..
Masa balik tu, kami singgah di Kuala Terengganu. Melayang juga lebih RM1000 beli batik dan juga buah tangan untuk family. Beli batik sampai 4 helai dengan mengangkat tangan berikrar dengan encik suami tak nak beli batik lagi sampai tahun depan (walaupun ku rasa dia tak percaya pun sebab aku pun tak percaya juga dengan diri sendiri..hemm...) tapi bila dah sampai KL bila mak aku dok belek2 batik tu tak sampai hati pulak tak bagi dia sehelai..so, bagilah dia yang warna kelabu..tak de juga batik aku warna kelabu sampai kesudah..ada alasan nak beli lagi ni..padahal dalam almari dah lebih 25 pasang baju batik..mak aku cakap baju raya dia ada enam pasang dah nak hantar jahit tahun ni..3 helai aku bagi..satu beli kat Gulatis, satu kat Phnom Penh dan batik ni..dah tu, sepupu aku yang baru balik dari attachment kat Bangalore, India pun belikan dia kain sari..yang dua lagi tu aku tak pasti dari mana..maybe dia beli sendirilah kot! Hebat mak aku raya tahun ni..yes..tahun ni raya kat Kedah dulu..hehehe..
Banyak gerai makan yang sangat meriah pada waktu malam.. |
Ulasan
Catat Ulasan