Europe Trip 2015 - Paris

Assalamualaikum semua pembaca..


Di dalam entry ini dan selepas ini saya akan bercerita mengenai percutian saya ke 4 negara Eropah iaitu Peranchis, England (road trip), Belgium dan juga Holland (Belanda). Kami berdua suami isteri ke sana dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines pada 11 September 2015. Flight ini mengambil masa 12 jam 20 minit sebelum mendarat di Charlles De Guille Airport, Paris pada pukul 6.30 waktu Paris. Kami pulang ke Malaysia pada 25 September 2015 pada jam 11.45 pagi dari Schipol International Airport, Amsterdam.


Kami ke sana di saat kejatuhan matawang ringgit yang sangat teruk. Disebabkan semua telah ditempah maka perjalanan tetap diteruskan. Kami telah membuat pelan yang sangat teratur untuk perjalanan kali ini. Insurans perlindungan diri diambil oleh kami berdua suami isteri. Bezanya insurans saya dibayar oleh kerajaan kerana sebagai penjawat awam saya layak menikmati kemudahan ini sekali setahun.


Prosedur kastam dan Imigresen di airport Paris amat mudah. Bagasi kami langsung tidak diperiksa malah passport kami terus di cop tanpa satu pun soalan daripada pegawai Imigresen Peranchis. Kami mengambil train untuk ke destinasi kami iaitu Hotel Neva yang terletak begitu strategik berdekatan dengan Arch De Triomphe dan Champs Ellysees. Kami mengambil one way train ticket yang berharga Euro10.00 seorang. Untuk sampai ke terminal 3 untuk menaiki train kami perlu menaiki shuttle train ke sini. Pekerja di Hotel Neva kebanyakannya Islam dan mereka amat baik hati sekali apabila membenarkan kami check in seawal pukul 10.00 pagi. Bilik hotel kami selesa, ada pelbagai kemudahan kecuali iron (memang hotel tiada iron untuk dipinjam) dan saiz hotel memang agak sempit. Tapi memandangkan hotel ini amat strategik dan cuma berharga RM455.86 (melalui Agoda) untuk satu malam maka kami tetap berpuashati. Kami cuma berada di Paris untuk tempoh dua hari satu malam sahaja.

 


Terpaksa pakai ponco..hujan lebat


Gembiranya dalam hati...lalala...


Ini bas Hop On Hop Off  yang kami pilih..memang best



Nasihat saya untuk perjalanan merentasi pelbagai negara dan dalam tempoh yang lama sila bawa baju dan tudung yang sesuai dan tahan lasak terutamanya yang tidak mudah kedut dan boleh dipakai beberapa kali..jangan risau cuaca sejuk menyebabkan pakaian dan tudung yang telah dipakai tidak berbau busuk. Selain itu, bawa juga disposable panties, payung ataupun ponco kerana cuaca di Eropah kurang stabil...sekejap hujan, sekejap terang benderang dan sekejap boleh gerimis. Pakaian yang dibawa kami hanya untuk 7 hari kerana selebihnya kami beli T-shirt Hard Rock Cafe dan pakaian lain terutamanya Marks & Spencer, GAP serta Calvin Klein (Harga di sana amat murah berbanding Malaysia, JPO pun tak boleh lawan).


Aktiviti kami di Paris hanyalah shopping pada hari pertama. Hujan agak menyukarkan pergerakan kami namun hajat di hati nak beli handbag baru amatlah meluap-luap. Akhirnya dapat juga ke Louis Vuitton dan Long Champ. Best giler perasaan pertama kali dapat masuk ke Butik LV di Champ Elysees apatah lagi beg yang diidam-idamkan sudah berada dalam genggaman. Apabila claim VAT dipulangkan nanti saya akan mendapat balik hampir RM1000. Saya cadangkan buat claim VAT melalui pos dan dibayar dalam kad kredit..dapat 12% berbanding tunai 10% dan menjimatkan masa di airport nanti sebab claim secara tunai mengambil masa yang sangat lama untuk beratur..mula-mula kena cop kastam dan lepas tu kena beratur kat kaunter claim tunai VAT pula. At least kena datang 5 jam awal jika menginginkan claim secara tunai. Claim perlu dibuat di airport terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Harga handbag LV dan LC sama di semua outlet dan harganya sama macam dalam website LV versi bahasa France. Saya screen capture gambar siap2 melalui web sitenya mana-mana handbag yang saya minat beserta harga melalui HP dan tunjuk kepada salesgirl. Ini amat memudahkan kerja dia dan juga saya.





Champs Ellysees


Macaroon kat sini sangat sedap...kat McD pun ada jual







Paris bagi saya sebuah bandar yang hanya sesuai untuk shopping. Persekitaran amat kotor terutamanya di metro station dan bau hancing di mana-mana. Kami juga rasa kurang selamat di Paris..askar membawa senapang berada di semua metro station dan kawasan tumpuan pelancong..saya difahamkan seminggu sebelum kami sampai ada mamat Arab gila cuba menembak penumpang dalam train dari Brussels menuju ke Paris.





Early autumn in Paris


Suka tengok kereta ni..banyak kat jalanraya di Paris.









Makanan halal ada berdekatan Hotel Neva. Boleh tanya dengan receptionist hotel. Makanan wajib dicuba adalah macaroon pelbagai perisa, kopi, croissant, crepe nutella dan banyak lagi. Souvenir murah jangan beli kat tempat lain melainkan kat Eiffel Tower atau Musee du Louvre..boleh dapat keychain 6 biji for 1 Euro only daripada mat-mat hitam Senegal.

Hari kedua kami melawati tempat-tempat tarikan di Paris dengan menaiki bas Hop On Hop Off. Kami pilih Big Bus Company kerana review yang baik dari para pelancong..basnya banyak dan ada setiap masa. Saya cadangkan untuk turun di setiap persinggahan mengikut turutan...sebab nak melengkapkan satu pusingan ambil masa dua jam lebih. Boleh juga turun di tempat yang diingini sahaja dan selebihnya ambil gambar dari atas bas.










padlock bridge..hampir semua bridge kat sana ada padlock macam ni..




Hard Rock Cafe Paris..kat area tak jauh dari La Fayette..



Musee de Lourve


Makan kat Musee de Lourve











Disebabkan hujan lebat kami minta extension masa untuk check out..mula-mula hotel nak charge Euro80 tapi berkat buat muka kesian dan bagi alasan nak sembahyang dan mandi maka receptionist Muslim tu caj kami cuma Euro 50.00..yang penting berdiplomasi dan cakap elok-elok dengan mereka..kami check out pukul 8 malam dan menuju Porte Maillot Coach Park yang tak jauh pun dari hotel dengan menaiki teksi..harganya cuma 7 Euro. Terkejut juga tengok tempat tunggu basnya..hanya parking bas tanpa bumbung pun padahal bas semua menuju ke bandar-bandar besar di Eropah..Kami menaiki Mega Bus ke London. Bas agak sempit tapi ada kemudahan wifi dalam bas dan kami menaiki feri di Calais untuk menuju ke London..kena turun dari bas untuk pemeriksaan imigresen dan perlu bawa tiket flight pulang ke Malaysia untuk Imigresen semak so dia tahu kita akan balik ke Malaysia dan tak akan overstay kat sana. Lepas itu kami naik ke ruangan atas di feri itu yang sangat besar lengkap dengan toilet, cafe, tempat mesin permainan dan sofa. Atas feri itu cuma mengambil masa sejam lebih dan selepas itu perlu naik balik bas untuk terus ke London Victoria Coach Station. Kami sampai ke London pada jam 7.30 pagi waktu London (London lewat sejam dari Paris). Harga tiket bas sangat murah berbanding dengan train dan kami menjimatkan belanja hotel untuk semalam dengan tidur di dalam bas...bila dah penat nyenyak jer tidur...hehe...harga tiket bas cuma 50 pound untuk 2 orang...yer 50 pound bukan Euro maybe bus ni based kat London kot! Kami bertolak jam 10.15 malam (waktu Paris) dan sampai 7.30 pagi (waktu London - lambat sejam daripada Paris). Seronok naik bas kat Europe sebab driver sangat profesional, bas bergerak on time dan sampai ke London mengikut waktu yang dijangkakan. 





Macam ni jer rupa Porte Maillot Coach Park


Tengah tunggu bas..nasib baik cuaca malam tu ok sangat!


        

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku