Assalamualaikum buat pembaca sekalian...
Alhamdulillah.. baru-baru ini yakni pada 26 April 2018 sehingga 12 May 2018 kami berdua suami isteri telah menjelajah sekali lagi ke Benua Eropah dan kali ini kami berkesempatan untuk melawat ke Switzerland selama lapan hari tujuh malam, Germany selama dua hari satu malam, Austria tiga hari dua malam dan Italy enam hari lima malam. Percutian ini merupakan percutian sempena 10 tahun usia perkahwinan kami dan suami telah menghadiahkan saya tiket flight ke sana. Alhamdulillah...suami mengotakan impian saya yang sudah lama mahu melawat Swiss. Kami ke sana dengan menaiki Turkish Airlines dan berlepas dari Airport Changi, Singapura dan transit di Istanbul sebelum meneruskan perjalanan ke Zurich yang mengambil masa hampir 3 jam dari Istanbul. Manakala penerbangan dari Singapura ke Istanbul mengambil masa kira-kira 10 jam. Saya mengesyorkan untuk ambil layover time agak lama at least 2 jam kerana apabila penerbangan pertama sudah delay makanya kami terkejar-kejar untuk ke flight seterusnya. Mujurlah kedua-dua penerbangan adalah dengan Turkish Airline makanya kami hanya ambik luggage di perhentian terakhir iaitu di Zurich.
|
Zurich Hauptbahnhof atau Zurich Main Train Station
|
|
Minum kopi dahulu sesudah tiba di Zurich Hauptbahnhof
|
Setibanya di Zurich, pegawai Imigresen di sana bertanyakan agak banyak soalan kepada kami mungkin disebabkan saya berhijab maka soalan tu banyak sikit dan pegawai imigresen tu nak tengok tempahan hotel di Zurich..Alhamdulillah selepas itu selesai urusan kami di situ. Kami ke Zurich main central Station dengan menaiki train dan memandangkan kami sampai awal maka kami menyimpan beg besar kami di situ sebelum meronda-ronda bandar Zurich. Harga locker ialah CHF9 untuk locker berukuran besar. Actually kami telah menempah Homestay Hauptbahnhof yang jaraknya cuma 300 meter dari Zurich main train station. Saya telah bertanyakan pemiliknya sama ada kami boleh mendaftar masuk awal tapi dia cakap tak boleh dan hanya boleh masuk selepas pukul 2. Actually Homestay ni sangat strategik kedudukannya kerana berdekatan dengan main train station, Historic Old Town, National Museum kawasan shopping Lindenholf, Shopville dan Bahnhofstrasse Shopping District, park, dan juga tasik Zurich.
|
Shopping District
|
|
Tak sejuk sangat..menyesal bawa baju sejuk tebal-tebal!
|
|
Zurich Hauptbahnhof
|
|
Muka kegembiraan dapat hadiah jam Tissot dari isteri dia..sebab hadiah birthday belum bagi..so kita bagilah kat dia tapi kita nak kecek beg Prada kat Italy nanti 😆
|
Dalam Homestay ni juga terdapat dapur dan juga microwave. Ada empat bilik semuanya dan dua toilet serta satu bilik mandi dan perlu berkongsi dengan penghuni-penghuni yang lain. Rumahnya amat bersih dan bilik kami juga besar dan boleh memuatkan semua beg-beg kami. Kami masuk cuma perlu tekan butang dan ambil kunci kat pintu bilik sahaja kerana pintu rumah memang tak kunci..punyalah aman kat sana kan? Pintu rumah pun boleh tak berkunci dan tak de orang nak rompak pun...hahaha...kami memang tak jumpa tuan rumah pun. Lupa pulak nak ambik gambar homestay ni..Petang itu, kami sempat bershopping di Bahnhofstrasse dan juga berjalan menyusuri tasik dan Old Town serta memanjat taman di atas bukit untuk melihat pemandangan bandar Zurich dari atas bukit. Pukul 6 petang mata saya dah berat..rupa-rupanya di Malaysia sudah pukul 12 tengah malam, Patutlah mengantuk semacam. Kami cuma membeli jam Tissot untuk kami berdua suami isteri serta sehelai t-shirt untuk puteri kecil kami tu. Kesian dia kena tinggal ngan nenek..yelah kecil lagi baru 3 bulan lebih usianya belum boleh dibawa jalan jauh. Hati kami tak keruan tinggalkan dia tapi apakan daya semuanya telah dirancang sebelum dia hadir dalam hidup kami. Harga barang kat Swiss amatlah mahal ye..harga tshirt pun paling murah CHF27 dan fridge magnet pun paling murah CHF8 di Zurich ni.
|
Ada juga mangsa tolong ambikkan gambar berdua 😆
|
|
Pokok macam ni banyak kat sana..unik!
|
|
Pemandangan dari park atas bukit.
|
|
Bandar Zurich
|
|
Old Town
|
Please bear in mind yang negara Swiss bukan part of negara EU. So, segala claim atau cop kastam untuk pengembalian cukai VAT perlu dibuat di Swiss bukannya di negara EU terakhir kita berada. Kami sudah salah faham kerana pada borang claim VAT itu mentioned boleh buat di negara lain dan salesgirl tu pun cakap boleh tapi bila nak buat di Italy, custom officer tu refused untuk cop borang claim kami sebab Swiss bukan negara EU katanya...so gone case lah untuk claim VAT jam Tissot kami tu...memandangkan VAT kat sana cuma 6-7 % maka kurang sikit rasa ralat tu berbanding kalau Italy 12.5% tu...
|
Orang kat sini memang rajin hias kedai cantik-cantik
|
|
Shopping district for high end products..akak hanya mampu menjeling jer..
|
Esoknya kami seawal pukul 9 pagi bertolak ke Munich dengan menaiki train. Semua tiket train saya beli melalui trainline.EU dua bulan sebelum datang ke sini. Harga untuk setiap train tidak sama bergantung kepada peak hour, week days or week ends or peak season or non peak season. Senang betul sistem train kat Swiss ni. Untuk tujuh hari lagi kat Swiss saya telah beli Swiss Travel Pass yang berharga RM1.6K untuk seorang. Swiss Travel Pass ni membolehkan kami menaiki semua kenderaan awam (kecuali flight) di Swiss sebnyak mana yang kami suka. Cuma perlu print pass tu dan tunjuk kalau pemeriksa tiket datang atau boleh download di dalam HP sahaja. Cuma pass ni perlu digunakan untuk consecutive days dan dijual untuk 3, 5, 8 dan 13 hari kalau saya tak silap...yang ini pun saya beli online sebelum datang. Naik train di sini senang..platform mana pun ada dipaparkan dalam jadual di Internet dan memang on time..tunggu sahaja kat platform tu. Musim Spring ditakrifkan sebagai not really peak season berbanding summer. Cuaca semasa kami pergi ni pun tak lah sejuk mana cukup sekadar pakai light jacket kalau waktu siang.
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Zurich ke Munich sangat cantik..banyak scenic route yang kami lalui..banjaran Alps yang indah serta tasik-tasik yang cantik membuatkan kami susah mahu melelapkan mata kerana terasa rugi pula kalau tidur..bukannya pemandangan macam ini hari-hari nampak. Bila tiba di sempadan German Swiss sekali lagi kami menjadi target untuk random check memandangkan saya berhijab mungkin. Namun macam biasa saya jawab dengan tenang dan menunjukkan booking hotel apabila diminta. So, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Oh ya! Atas train ni ada waiter yang lalu-lalang untuk ambil pesanan minuman dan makanan..so kalau boring boleh order coffee lattee dan croissant. Saya suka croissant di sini, sangat lembut dan sedap. Untuk makluman WC adalah toilet, strasse tu bermaksud street dan ausgang tu bermaksud exit.
Akhirnyaaa.....dapat juga aku membaca coretan terbaru hang. Lama doh tengok status yang 3 months ago...
BalasPadamCantik gambar2 percutian korang ni. Hang guna kamera or kamera handphone je?
Aku pakai kamera..tak tau la bila nak habis menulis pasal Europe Trip ni..banyak episod lagi ni..hahaha..masa tu jarang nak dapat sejak ada baby ni :-)
PadamPatutla....kalau ambik dengan handphone gambar secantik ni, aku nak g beli juga handphone tuh... 🤣🤣🤣
PadamCantik sungguh gambar2 tu...
TQ sis for good info and alot of knowledge about swiss i can read here. As preparation to go for europe trip and swiss were include in the list too.
BalasPadamYou are welcome :-) enjoy your trip kat sana nanti!
PadamMaaf tapi info mengenai Swiss Pass tu tak berapa tepat. Buatlah research sendiri kalau nak pergi. Also, tak semestinya Swiss Travel Pass tu sesuai untuk semua. Depends on itinerary. Sometimess half pass lagi untung.
PadamThis is important, though it's necessary to help you head over to it weblink: best backpacks
BalasPadamTak ada istilah mahal pun bagi mereka yg byk duit dan rasa mahal bg yg tak berduit sgt.
BalasPadamThank you for sharing this valuable knowledge.
BalasPadamI've read a lot of blogs, but I've never seen anything quite like this. Furthermore, I'm grateful for the opportunity to introduce myself through your posts. All you've written has left me speechless. For an instance, I've bookmarked this for future reference because it's still really useful, even after many years. You have defined clearly about adventure guide, instruction & adventurous moments that we can enjoy while go for rock climbing.
wah bestnya baca pengalaman jalan2 europe...teringinnya nak jalan jugak lepas2 covid ni...
BalasPadamBestnya pergi swiss..nk letak dalam wish list jgk la..tq sis share pengalaman..
BalasPadam