PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!
Assalamualaikum semua pembaca blog akak...
Kali ni akak nak bercerita tentang cuti-cuti Malaysia akak di negeri kelahiran akak iaitu negeri Jelapang Padi serta Penang dan juga Perlis. Tapi hari ni akak nak bercerita tentang kecantikan pemandangan dari Gunung Jerai yang sangat awesome itu! Akak nampak laut, pulau dan juga sawah padi terbentang luas dari atas Gunung Jerai.
Gunung Jerai boleh dinaiki menggunakan kenderaan biasa seperti kereta, van mahupun motorsikal. Jarak cuma 12 KM untuk ke atas gunung dari kaki gunung dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kat atas tu cuma ada satu hotel sahaja iaitu The Regency Jerai Hill Resort dan ada beberapa jenis bilik serta chalet yang harganya bermula dari RM300++ hingga 500++..kadangkala ada offer atau bukan peak season boleh la dapat dalam RM200++ untuk bilik yang paling murah. Al maklumlah satu-satunya hotel kat atas tu..haruslah harga agak mahal namun pemandangan yang sangat awesome kat atas tu membuatkan harga yang harus dibayar itu berbaloi. Tapi kami tak bermalam di sana kerana kami hanya singgah dalam perjalanan pulang daripada bercuti di Penang ke Jitra. Nak pergi ke sana senang sahaja keluar ikut exit Gurun dan seterusnya ikut arahan waze...hehehe...
Tapi bila tengok pemandangan yang sangat awesome kat atas tu kami berangan nak datang lagi dan book bilik mahal yang betul-betul mengadap pemandangan sawah dan lautan. 7 tahun lepas akak pernah dapat cabutan bertuah penginapan percuma kat The Regency tu tapi akak sedekahkan kat abang akak sebab akak tak sempat balik Kedah. Mana nak sempatnya akak kena pergi dalam tempoh sebulan...masa tu tak dapat balik Kedah pula..so, memang rezeki abang akak sekeluargalah untuk menginap kat situ. Diaorang cakap best sebab tu akak berazam nak naik juga nak tengok best ke tak best hotel tu. Hotel kat situ ada swimming pool dan taman permainan kanak-kanak juga. Cuaca tak lah sejuk sangat masa kami pi tapi memang nyamanlah. Tapi kakak ipar cakap kalau time baru lepas hujan memang sejuk yang amat sampai berkabus.
Memang best naik kat atas tu sambil minum kopi di cafe yang terdapat di situ dan menikmati pemandangan yang menarik dari atas gunung. Ada masjid juga di dalam kawasan hotel tersebut, so tak perlu risau kat mana nak solat kalau pergi balik hari. Nak tengok awesome ke tak pemandangan kat atas tu silalah tengok gambar-gambar akak sekeluarga kat bawah ni ↷
With my mum and my Sister In Law |
Suami akak dan bunga-bungaan segar |
Dalam kawasan resort |
Pemandangan yang awesome! |
Keluarga satu-satunya abang akak. Anak sulung mereka tiada sebab universiti belum cuti. Yang tersengih besar tu baru dapat 10A SPM lepas. |
Yang bumbung oren tu bilik best sebab mengadap pemandangan..harga pun of course lah "best" jugak!! |
Pemandangan dari cafe yang kami singgah minum petang |
Latte and nasi lemak just can be friend sometimes...ini Malaysia maa!! |
Adui..rosak pulak gambar ni..anak buah akak tu dah tak sabar nak makan padahal makanan masih banyak belum sampai...hehe.. |
Menarikkkk kena p
BalasPadam