REVIEW HOTEL KATERINA, BATU PAHAT
Assalamualaikum para pembaca. Hari ni terasa nak review sikit hotel Katerina yang kami tinggal ketika balik kampung pada cuti labour Day yang lepas. Bukan sengaja tak mahu tinggal di rumah mak mertua tetapi masalah tilam kat rumah mak mertua saya yang dah uzur dan hanya rasa spring yang menyakitkan seluruh badan saya memandangkan saya mengalami masalah reversed cervical spine yang membuatkan tulan leher saya dan tulang belakang akan rasa sakit jika tidak menggunakan bantal dan tilam yang betul. Last time saya balik ke kampung badan saya habis sakit sampaikan saya demam dan menangis sepanjang perjalanan pulang kerana terseksa duduk lama dalam kereta dalam keadaan sakit badan dan demam. InsyaAllah suami akan membelikan tilam yang baru dalam masa terdekat ini untuk kegunaan bila bercuti balik raya nanti. Selain itu, kami juga menebus reward Agoda di mana suami hanya perlu menambah RM90 dan jumlah selebihnya menggunakan reward Agoda yang bernilai lebih kurang RM110.
Kelebihan hotel ni:
1) Interior design hotel ni cantik
2) Bilik deluxe sangat spacious
3) Satu-satunya hotel kat Batu Pahat yang ada kolam renang. Mak mertua datang bawa cucu-cucunya mandi bersama saya dan pakngah mereka di kolam renang itu. Please take note tiada kolam untuk kanak-kanak. Jadi, sila bawa pelampung untuk anak-anak anda mandi.
4) Breakfast yang agak ok..boleh tahan sedapnya dan pilihan makanan yang agak banyak.
Kekurangan:
1) Parking di sekitar hotel sahaja. Tiada parking berbumbung.
2) Tilam dan bantal tak best...sebagai pesakit reversed cervical curve bangun pagi rasa sakit juga tulang leher sampai tulang belakang. Apa la nasib badan..huhuhu!!
3) kelengkapan mandian yang diberi tidak sehebat hotel 4 stars yang lain.
4) Staf hotel agak kurang berpengetahuan. Tanya pasal restoren seberang jalan pun tak tahu restoren tu jual makanan apa dan halal atau tidak
Suka bebudak ni mandi kolam. |
Pemandangan dari bilik hotel kami |
Ulasan
Catat Ulasan