HONG KONG - LAST DAY
Hari terakhir di HK, kami pergi ke Masjid Ammar untuk makan Chinese foods halal bagi meraikan birthday suami akak. Kami ke sana dengan menaiki tram dan bravo untuk suami akak kerana dia pandai mencari Islamic Canteen di Masjid Ammar yang agak tersorok itu. Ramai sangat orang di Islamic Canteen memandangkan hari itu adalah hari Jumaat. Harga makanan kat situ sangat reasonable dan makanannya boleh tahan sedap. Dim sum kena ambil sendiri cuma makanan yang dalam menu jer perlu dipesan seperti biasa.
Akak suka gambar laki akak yang ni! Nampak berseri-seri walaupun dah kembali double chin 😘 |
Nampak tak muka akak excited nak makan 😝 |
Antara dimsum yang kami makan |
Selepas menjamu selera kami meneruskan perjalanan ke area HK Central untuk bershopping menghabiskan saki baki duit yang ada. Akak membeli 2 helai baju di butik Marks & Spencer manakala husband akak membeli lagi perfume dan bapa akak juga membeli perfume untuk dirinya. Selepas selesai shopping kami ke Western Market yang berdekatan dengan hotel dan seterusnya check out dan ke airport. Tambang teksi ke airport beserta jumlah luggage yang diletakkan di dalam bonet adalah sebanyak HKD470 atau bersamaan RM259. Kalau naik airport transfer dari hotel ialah HKD150 seorang dan kalau dicampur semua akan jadi HKD600 dan lebih mahal dari tambang teksi. Bagus sangat pekerja Ibis Hotel yang sangat jujur itu mencadangkan kami menaiki teksi daripada airport transfer kerana lebih menjimatkan wang kami. Perjalanan ke airport mengambil masa dalam 40 minit agak jauh kerana hotel kami di bahagian central HK manakala airport terletak di Pulau Lantau yang berdekatan dengan Disneyland dan CityGate Outlet. Tapi kami tidak singgah di Citygate Outlet kerana telah kehabisan duit.
Stesyen Train kat sana dipanggil MTR station yer bukan MRT. Line ada pelbagai..ikut color macam kat Tokyo. |
Teringin nak masuk tapi bajet tak hadoo!! Suami pun tak bagi peruntukan khas 😢 |
Gembira muka akak bila lepas shopping 😊 |
Western Market |
Macam-macam ada |
Biawak pun ada tu ha! |
Gamat kering pun ada tu! |
Ulasan
Catat Ulasan