Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah selalu..
Kali ini akak nak bercerita tentang arwah nenek akak yang meninggal dunia pada 6 May 2017 yang lalu pada usia 88 tahun. Pada mulanya akak telah mengambil tiket Flight MAS untuk pulang ke kampung bercuti pada 7 May hingga 12 May 2017. Masa akak ambil tiket flight tu memang niat akak nak balik menjenguk kampung halaman yang telah 10 bulan akak tidak jejakkan kaki itu. Walaupun akak jarang balik ke Kedah tapi boleh dikatakan setiap dua bulan sekali akak akan berjumpa mak bapa akak di rumah adik di Kajang. Actually akak ada rumah di Kajang Hillpark 2 yang akak jenguk setiap bulan untuk dibersihkan. Akak memang akan tidur di rumah akak kalau ke Kajang memandangkan rumah tu sudah fully renovated dan dah ada meja makan baru, build in wardrobe, katil, dan dapur segala. Jarak rumah akak ke rumah adik akak tu sangatlah dekat dalam 1 KM jer kot or less..akak tak sure tak pernah pulak akak check kat dalam waze.
Berbalik kepada cerita balik kampung akak tadi, masa akak ambik tiket tu arwah nenek (tok) akak belum lagi nazak cuma dia sakit tua. Ingatan dia pun dah lemah dan bercakap pun dah tak tahu butirnya. Nak dijadikan cerita akak bertolak dari JB ke Kajang pada hari Jumaat 5 May tu sebab cadangnya nak pergi house warming mak sedara suami akak di Seremban keesokan harinya. Disebabkan akak agak busy mengemas baju segala, akak hanya check whatsapp akak selepas akak dah bertolak ke Kajang..masa tu rasanya dah sampai Simpang Renggam. Bila tengok whatsapp dari abang akak baru akak tahu nenek akak dah nazak sangat dan maybe akan diambil Allah bila-bila masa sahaja. Akak cuba call MAS tetapi malangnya tiket yang ada pada pukul 7 petang itu bernilai RM600++ utk dua org setelah diambil kira jumlah tiket terdahulu. Manakala untuk pagi Sabtu pulak nilainya juga agak tinggi, Memandangkan adik akak juga gagal mendapatkan tiket ETS maka kami bersetuju untuk pulang ke kampung dengan menaiki kereta adik akak. Nasib baiklah kereta MPV dia mampu memuatkan keluarga dia dan kami berdua suami isteri.
Kami sampai ke kampung pada pukul 12.30 malam dan kami terus ke rumah pakngah yang bersebelahan dengan rumah bapa akak dan juga rumah nenek yang kami panggil tok. Tapi dah lama juga tok tak duduk di rumah dia sendiri sejak dia makin uzur. Seolah-olah menunggu kami, tok menghembuskan nafas terakhirnya pada keesokan harinya Sabtu jam 10.40 pagi. Actually kami adik-beradik tidak terlalu rapat dengan tok kerana dia banyak tinggal dengan maklang dan at one time hampir 4 tahun dia tinggal dengan keluarga maklang di USA kerana paklang bertugas sebagai diplomat di Los Angeles. Kami tidak ada banyak kenangan bersama cuma yang akak tahu tok akak memang pandai masak dan dia rajin mengajar kami untuk membuat kerja rumah dengan betul. Tok akak juga champion masak bubur kanji dan serunding daging...terasa-rasa keenakan bubur kanji (lambuk) yang beliau pernah masak dulu.
Rumah nenek akak sangat unik..direka oleh pakjang akak yang merupakan seorang arkitek. Rumah itu diberi nama Puri Ibu dan pernah memenangi award single residential building category oleh Persatuan Arkitek Malaysia(PAM). Bapa akak merupakan builder untuk rumah ini. Akak ingat lagi masa rumah ni mula-mula siap ramai orang sama ada yang dikenali atau tidak dikenali atau yang cuma lalu di jalan sanggup berhenti dan meminta izin untuk tengok rumah ini. Masa tu tak ada smartphone lagi kalau tidak harus dah masuk FB. Seingat akak rumah ni siap masa awal 2000. Akak tak ingat exactly tahun bila tapi masa tu rasanya akak baru habis study kat UIA. Anugerah tu ada bapa akak letak kat ruang tamu rumah..lupa pulak nak snap gambar. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini rumah itu telah ditinggalkan kosong tidak dihuni memandangkan tok akak semakin uzur. Rumah juga tak lagi dijaga rapi cuma sesekali dibersihkan. Kolam ikan pun sudah kurang berfungsi disebabkan tidak di maintain kolamnya.
|
Sempat singgah makan kat Kedai Kari Kambing 40 hari.
|
|
Dalam perjalanan ke Kedah...Abaikan muka mengada-ngada anak buah akak tu!
|
|
Rumah tok akak..Puri Ibu
|
|
Pic credit to Ibnu Adam Architect
|
|
Picture credit to Ibnu Adam Architect...masa ni rumah baru siap dan terjaga rapi
|
|
Picture Credit to Ibnu Adam Architect
|
|
Ini keadaan rumah sekarang
|
|
Tuan rumahnya telah tiada..sedih pula rasanya 😢
|
|
Keadaan rumah sekarang
|
Selain itu, akak turut melawat sawah milik keluarga akak. Selama akak hidup akak tak pernah tahu sawah atau org Kedah panggil bendang keluarga akak kat mana. So, kali ini akak rasa tak salah kalau akak lebih mengenali akar umbi akak.
|
Cantik tak sawah family akak?
|
|
Kereta kuning bapa akak. Sebuah lagi kereta dia adalah kereta Kancil pemberian akak.
|
Selalu hang p oberc, sekali sekala balik tengok bendang kampung sendiri ye...hijau sejuk je mata memandang.. Bapak hang tanam sendiri ke padi? Luas tu Atie weiii...
BalasPadamAda satu tempat lagi sawah bapa aku..yang ni yg bapak sedara aku punya bapa aku tolong kerjakan...zaman sekarang dah moden tanam padi dah tak macam dulu..mudah..tapi bapa aku dah x larat sgt banyak dia upah org jer! Aku teringin tau nak buat resort tengah2 sawah tu..mesti bestkan?!
Padam