Europe Trip - England (Windsor & Stonehenge -Road Trip Day 1)

setelah sampai di London kami terus ke tempat sewa kereta yang terletak tidak jauh dari Victoria Coach Station. Kami memilih Sixt Rent A Car Limited. Kami menyewa kereta untuk tempoh lima hari. Memandangkan suami tiada kad kredit maka kad kredit saya yang digunakan bagi urusan sewa kereta melalui online ini. Perlu diingatkan pemilik kad kredit perlu didaftar sebagai main driver. Untuk additional driver untuk meletakkan nama suami saya, bayaran tambahan dikenakan. Untuk tambahan driver saya perlu membayar tambahan 37 pound (+ VAT) untuk lima hari..agak mahal bukan? Undang-undang penyewaan kereta di UK agak strict tidak seperti di Australia yang lebih mesra pelancong. Kat Australia tak kena caj pun untuk penambahan driver. Sila baca terms and conditions dengan jelas sebelum menyewa kereta secara online..harga prepaid dan bayar di kaunter adalah berbeza.



Kereta sewa kami


Kami membeli insurans tambahan dari company insurance luar iaitu IcarHireInsurance yang cuma berjumlah 14 pound untuk 5 hari berbanding insurans tambahan dengan Sixt yang paling murah pun bernilai 64 pound sedangkan coverage offer sama sahaja. Bila kita tidak bersetuju untuk membeli insurans tambahan daripada mereka, maka deposit sebanyak 161 (lebih kurang) pound akan dicaj pada kad kredit yang sama kita gunakan untuk booking. Oleh yang demikian sila pastikan had kad kredit anda masih mencukupi untuk tujuan caj deposit ini. Deposit akan dipulangkan apabila kereta dihantar semula dalam keadaan elok dan minyak penuh (masa ambil minyak penuh). Kalau minyak tak penuh sewaktu dipulangkan anda perlu juga keluar untuk mengisi penuh di SHELL berdekatan. Kalau tidak dia akan caj double. Kami telah book GPS malangnya pada hari berkenaan tiada satu pun yang berfungsi..akhirnya kami terpaksa membeli simcard Lebara 2 gigabytes berharga 15 pound untuk menggunakan waze. Bayaran prepaid untuk GPS akan dipulangkan ke dalam kad kredit saya nanti mengikut kata receptionist kat Sixt tu.


Kereta yang kami book cuma Peugeot 408 atau Ford Focus tapi kami diberi kereta Chevrolet SUV yang lebih besar tanpa dinaikkan caj. Caj keseluruhan kami ialah 227 pound (termasuk VAT dan additional driver) tapi akan mendapat balik 38 pound untuk GPS yang tidak dapat dibekalkan. Alhamdulillah rezeki. Untuk makluman ada congestion charge di kawasan tertentu di London bermula 7 pagi - 6 petang. Tapi disebabkan kami mahu terus ke Windsor Castle maka receptionist kat Sixt tu beritahu yang kami tidak akan melalui jalan yang kena congestion charge..Perjalanan ke Windsor Castle tidak mengambil masa yang lama kerana jaraknya lebih kurang 30 miles daripada London. Hubby saya amat berhati-hati memandu kerana kamera AES ada di sepanjang jalan dan had laju cuma sekitar 70 - 90 KM sahaja dan di sana mereka menggunakan kiraan batu (miles). Kami mandi di hentian R&R (di sana dipanggil Services). Kat services ni ada kedai serbaneka, stesyen minyak, Starbucks, restoren dan jual kedai jual bunga. Budaya minum kopi amat kuat di UK..di mana-mana ada jual kopi especially  Starbucks. Harga minyak petrol berbeza antara stesyen macam di Australia juga dan lebih murah di bandar..jangan isi minyak di luar bandar ok!


Kami melawat Windsor Castle yang sangat cantik dan maha besar. Tapi kami tak masuk ke dalam kerana malas nak jalan jauh-jauh. Keletihan perjalanan jauh dari Paris belum habis. Cuaca waktu ini sangat cantik..nyaman sahaja..tak terlalu sejuk atau panas. Parking di sekitar tempat ini berbeza mengikut lokasi. Kami parking di tempat yang charge 3 pound untuk 3 jam. Ada yang charge 6 pound untuk sejam...jadi pandai-pandailah pilih tempat parking.



Tempat kami parking kereta..murah..3 jam 3 pound.


 

Berehat selepas sampai ke area Windsor Castle


 
 

Macam-macam souvenir dijual

 





Gambar keseluruhan kawasan Windsor Castle

Besar giler Windsor castle ni..





Hubby kat Stonehenge





Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Stonehenge yang terletak kira-kira 68.3 miles daripada Windsor Castle. Tiket seorang untuk masuk ke dalam Stonehenge ialah 15 pound seorang dan ada shuttle bas ke sana. Baru saya tahu Stonehenge itu buatan manusia zaman dahulukala. Kat sini juga ada muzium tapi yang beli tiket 15 pound jer yang boleh masuk..saja-saja nak masuk memang tak bolehlah. Cuaca kat Stonehenge windy sangat masa kami pergi tu..sejuk sampai rasa kebas muka..hehe...




Muzium Stonehenge



Pintu masuk Stonehenge











Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Stonehouse Travelodge yang terletak dalam area Bath. Waze memang bawa kami ikut jalan-jalan kampung. Jalan agak sempit namun pemandangan sepanjang jalan amat cantik. Terhibur saya melihat kampung-kampung Inggeris dengan rekaan rumah yang sangat cantik dan unik. Kami sampai ke Stonehouse Travelodge hampir pukul 8 malam. Parking kat sini free dan bilik agak luas. Katil sangat selesa dengan 4 biji bantal, heater, meja solek, almari, bath tub dan iron boleh diambil dari receptionist. Hotel travelodge ada di seluruh UK dan menawarkan harga berpatutan tapi tawaran berbeza-beza..ada hotel yang kena bayar parking dan ada yang free..sila baca di websitenya dengan teliti. Kami hanya membayar 37 pound untuk bilik ini ditambah 3 pound untuk wifi (kalau tak nak pun tak apa) dan 2 pound caj kad kredit. Kami menempah secara online. Bagi bilik yang selesa seperti ini dan harga yang berpatutan kami sangat puas hati. Sebelah travelodge ni ada Starbucks dan stesyen minyak juga. Suasana selesa membuatkan kami dapat melelapkan mata dengan mudah pada malam itu.





Bilik yang selesa

Pelbagai kemudahan disediakan

Parking free at Stonehouse Travelodge



Ulasan

  1. With Car Rental 8 you can discover the best rental cars from over 50000 locations across the globe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris