Family Time in Kedah

Dah lama sangat rasanya tak balik ke Jitra, Kedah my hometown. Last sekali balik raya tahun lepas itu pun balik 2 hari sahaja kerana kelam-kabut nak ke Melbourne pulak lepas tu. Nasib baik my parents selalu turun KL ke rumah adik..so, kami berjumpa di sana. Hampir tiap-tiap bulan atau dua bulan sekali jumpa kat sana. Dalam empat orang adik-beradik hanya abang saja yang tinggal di Kedah. Rasa rindu pula kat anak-anak buah kat Kedah. Anak-anak abang saya ada tiga orang semuanya lelaki..yang sulung nak ambil SPM tahun ni, harap-harap dapat straight A's macam PMR dan UPSR sebelum ni.


Balik Kedah kali ni adik saya dan anak-anaknya juga ikut bersama. Almaklumlah cikgu tengah cuti sekolah. Apa lagi sepanjang perjalanan si Izz Hadif duduk dengan saya jer kat depan. Langsung tak nak duduk belakang dengan ummi dan adiknya Izz Hanif. Penat betul jaga budak Izz ni..dengki betul dengan mamanya..asal saya nak tidur dia ajak main..kalau saya lelapkan mata ditekan-tekannya dagu saya..hehe..nakal betul budak comel ni! Yang paling bangga dia dah pandai panggil mama tapi ummi belum pandai..kesiannya umminya..hehe...Walid bebudak tu kata tak nak ikut banyak kerja kat office, tetiba jer muncul kat Jitra suprisekan adik saya dengan menaiki flight. Suruh mak ngan bapa saya pi tunggu kat airport dengan alasan kirim barang kat kawan, rupa-rupanya dialah yang dikirim tu..hehe..


Balik Kedah kali ini sempat pergi Tanjung Dawai..almaklumlah suami comel saya tu sebelum balik lagi dah sebut-sebut nak makan mee udang Tanjung Dawai. Sekali datang mee udangnya mak ooiii besaq-besaqnya udangnya dik non! Sampai 6 ekor hampir menutup pinggan dengan udang saja dan harganya dalam RM12-13 jer kot...tapi my mum cakap kalau kat Kuala Kedah baru RM 6..lagi murah gila cadbury! Dah habis makan tu naik bot ngan mak dan hubby pergi ke Pantai Merdeka yang cuma mengambil masa tak sampai 4 minit tu..dekat sangat tapi percayalah itu adalah kali pertama saya ke Pantai Merdeka menaiki bot. Saya pernah ke Pantai Merdeka cuma sekali semasa kecil tapi menaiki kereta bukan bot. Izz Hadif buat perangai sikit kat sini..dia tak nak naik bot makanya ummi dan walid serta adiknya Izz Hanif pun tak jadi pergi manakala bapa saya pun tak nak pergi dengan alasan pening jua.


Seterusnya sempat ke Padang Besar dan juga melawat saudara-mara di Kuala Kedah. Masa kat Kangar sempat berhenti beli Mempelam Harum Manis yang dah berada di hujung musim itu. Banyak tempat dah habis cuma ada sekotak jer kat satu gerai ni..Harga sekilo RM25..tapi tak boleh beli sikit. Kena beli sekotak..so melayanglah RM119.00 untuk sekotak yang beratnya 4 kilo lebih tu sebab nak jua merasa. Nama jer kampung kat Tunjang dekat ngan Perlis tapi tak pernah pun makan harum manis ni sebab jarang balik kena musim..siap penjual tu tulis kat kotak hanya boleh buka pada 11 Jun. Kalau buka sebelum tu tak masak. Akibatnya hari-hari asyik mengerling kotak..bila nak boleh makan ni? Hehe...


Walaupun sekejap tapi puas sangat dapat balik Kedah jumpa saudara-mara dan yang penting dapat hand over baju raya 4 helai untuk kakak iparku jahit manik...hehe...




Besarkan udangnya?!

Tamakkan? Siap order laksa juga..hehe..

Budak banyak akal

Makan kat area jeti Tanjung Dawai

Izz Hanif jua yang baik dan behave..hehe..

Kopak mama..asyik minta mainan jer..habis duit mama RM50 asyik belikan Izz Hadif mainan.

Bawa mak naik bot dan minum-minum lagi kat Pantai Merdeka pulak!

Semangat hubby habiskan ABC

Negeriku nan permai..

Izz Hanif dipakaikan topi dan kasut angry bird yang mama tempah khas tapi topi dah ketat..besarnya kepala dia..

Seksanya nak menunggu 11 Jun..huhu!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris