Floaters di dalam mata

Assalamualaikum semua..

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kehadiran bintik-bintik hitam di dalam mata yang dipanggil "floaters" atau dalam Bahasa Melayu ialah apungan. Mula-mula saya ingatkan bintik-bintik ini normal kerana muncul di saat saya mengalami migrain pulak tu. Normally bintik-bintik ini akan hilang apabila migrain saya hilang tapi nampaknya tidak kali ini apabila ia kekal berada di dalam pandangan mata saya selama sudah lebih 3 minggu. Keadaan ini membuatkan saya susah hati dan mula terfikir yang bukan-bukan sementelah saya baru lega daripada migrain. Saya ingatkan bintik-bintik hitam itu membawa tanda penyakit yang serius sedang menyerang saya..siap nangis2 dalam pelukan hubby sebab paranoid yang melampau...hehe (inilah akibatnya apabila bekerja di hospital dan sering tengok macam-macam jenis sakit) 

 

Saya tak tahu pulak berkaitan floaters ini sehinggalah saya berjumpa pakar mata. Macam-macam test mata saya buat dan akhirnya saya dapat tahu floaters ini bukan petanda penyakit apa-apa tapi sign of aging..tapi Dr tu siap gelak lepas cakap macam tu..dia kata at least puan kena umur 35 tapi saya ni dah kena since umur 20-an...banyak pulak tu! Dia cakap suruh saya membiasakan diri dengan keadaan ini kerana tidak merbahaya dan tiada ubat yang boleh menghilangkan floaters ini..so, redha sajalah. Perasaan rasa lega lepas dah siap check mata. Siap balik rumah malam tu boleh tidur lena lagi..sakit kepala dan urat tegang pun hilang mungkin sebab dan tak stress lagi. 

 

Tapi saya kena mulakan gaya hidup sihat kerana saya mengalami tekanan darah tinggi..bacaan 143/ 95..tak ke tinggi tu! agaknya sebab tu lah saya mudah sakit kepala. Itulah..suka lagi makan seafood tahap melampau..last2 Allah bagi wake up call suruh bertaubat..semalam masa gi beli groceries kat Jusco, sedih jer bila lalu kat area udang dan ketam..sayonara uoolllss!! I tak mampu makan uoolls dulu buat masa ni..huhuhu!! Lepas tu punya paranoid..siap habiskan RM700 beli macam2 supplement...hehe..yang paling tak tahan kena makan oat yang tak sedap tu rasa macam makan hampas padi jer...huhuhu!! Banyak pulak complaint kan? Kata nak baik..ok ok saya teruskan niat murni saya ini tanpa complaint apa-apa lagi. Oleh itu ayuh kita mulakan gaya hidup sihat!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris