Holiday in Perth, Australia - Day 2 (Araluen Botanic Park, Yanchep National Park, Cervantes)

Kembara di hari kedua di Bumi Perth diteruskan dengan melawati Araluen Botanic Park. Pada hari kedua kami menyewa kenderaan dengan Thrifty Car Rental. Kami cuma membayar AUD 173.75 untuk sewaan kereta beserta GPS (termasuk AUD15.80 untuk GST) untuk penyewaan kereta selama 3 hari. Kami book Toyota Yaris tapi disebabkan ketiadaan Toyota Yaris pada hari berkenaan kenderaan kami di upgraded ke Mitsubishi Lancer Hatchback tanpa sebarang kos tambahan. Kami pernah menyewa dengan company ni semasa berkunjung ke Melbourne tahun lepas dan sangat berpuashati dengan harganya yang berpatutan dan tak ada hidden charge pelik-pelik. Cuma untuk mengelakkan harga jadi mahal seeloknya book awal at least sebulan awal kerana harganya berubah bila tarikh nak guna kereta makin dekat. Kalau nak jimat lagi tak payah sewa GPS, boleh pakai waze saja..pergi sana beli sim card harga AUD2 dan top up AUD10. Pilih data internet AUD2 sehari dengan 500mb sehari..banyak tu. Kalau call kat sana free saja walaupun antara line telefon berbeza..giler best! Kami guna waze sahaja pada hari terakhir sebab guna kereta kawan dah time tu..ok jer tak sesat pun.

Ni kereta yang kami sewa..

Araluen Botanic Park


Untuk penggunaan sejauh 720 KM untuk tiga hari kami hanya mengisi minyak sebanyak AUD80 sahaja. Tipsnya mudah..jangan banyak pakai aircond kerana cuaca agak sejuk (hanya terpakai jika pergi pada musim selain summer) jadi kami hanya buka tingkap sedikit dan hasilnya sejuk macam buka aircond jugak..kan ke jimat minyak guna cara macam tu! Kami ambik kereta dengan minyak yang telah diisi penuh dan perlu diisi penuh apabila menghantar balik kenderaan tersebut. Kami sewa kenderaan bermula hari Khamis dan hantar balik pada hari Ahad jam 9.30 pagi. Harga minyak di Perth berbeza-beza setiap hari dan harganya juga berbeza di antara satu stesyen dengan stesyen yang lain tapi sepanjang di sana harga SHELL yang paling murah (harganya dipaparkan di signboard stesyen minyak di tepi jalan)..seeloknya jangan isi minyak di luar bandar kerana harganya lebih mahal. Harga minyak adalah paling murah pada setiap hari rabu..jadi bolehlah isi sampai penuh di hari rabu :-)

Perjalanan ke Araluen Botanic Park cuma mengambil masa dalam 45 minit dengan jarak sejauh 34 KM dari Perth CBD. Pemandangan kat sana agak indah dan nyaman..tapi time tu dah tak ada tulip. Kalau nak tengok tulip kena datang bulan Ogos atau September. Harga tiket masuk ialah AUD6 seorang. Selepas penat bergambar dalam tu kami meneruskan perjalanan ke Perssimon Orchard sebab rancang nak petik epal malangnya Orchard tu tutup. Hanya dibuka Jumaat, Sabtu dan Ahad..mak aihh..frustnya tak dapat petik epal. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Yanchep National Park yang jaraknya dari Perth CBD ialah 50 KM tapi disebabkan kami dari Araluen Botanic Park maka jaraknya menjadi lebih kurang 84KM menggunakan Indian Ocean Road.





Araluen Botanic Park yang cantik




Kos masuk ke Yanchep National Park ialah AUD12 per car (up to 12 person). Kami juga mengambil keputusan untuk masuk ke dalam Crystal Cave yang memerlukan kami membayar harga tiket tambahan (harga tiket tak ingat pulak..boleh check dalam website dan dibeli kat Information Counter bukannya kat gate depan). Kami masuk dalam tu dibawa oleh renjer dan dia banyak explain pasal gua tu. Gua tu actually tak besar mana pun tapi renjer tu yang bercakap banyak bagi penerangan potpetpotpet...hehe...dengar jer la..Dalam National park tu pun banyak kangaroo..boleh tengok kat tepi-tepi jalan saja. Dalam national park tu pun ada chalet dan juga tasik.

Yanchep National Park


Tasik kat dalam Yanchep National Park

Tunggu nak masuk Crystal Cave

Dalam Crystal Cave

Selepas selesai klik klik gambar kat dalam tu kami pun meneruskan perjalanan ke Cervantes yang masih berbaki lebih kurang 188 KM lagi. Sampai kat Cervantes yang merupakan pekan kecil itu kami singgah makan di stesyen minyak yang ada cafe kat dalam tu..apa lagi melantaklah kami Fish and Chips nya yang giler besar portionnya..dan beli tambahan air kopi jenama Dare kegemaran kami..sedap giler kopi ni sumpah tak tipu! Suka sejak gi Melbourne lagi..ketagih tu..pakai susu segar Australia yg sedap tu..ayoyooo..sedap sampai juling biji mata..hehe...



Giler aahhh!! Boleh bergambar kat tengah jalan..kalau kat Malaysia dah Innalillah :-)

Kami sampai ke Cervantes Lodge lebih kurang 7.30 malam..kami dah sampai tapi kami confused sebab motel tu dah tukar nama tapi GPS cakap dah sampai..hubby turun dan pergi tanya..orang sana memang tidur awal dan mat salleh tokey tempat tu terus tutup reception bila kami sampai dan terus bagi kunci tanpa banyak soal..hehe..dia nak berehatlah tu. Kat situ ada wifi tapi kena beli kat mesin. AUD1 untuk 10 minit. Kami ambik bilik deluxe. Banyaknya katil kat dalam tu macam boleh tidur 6 orang padahal kami berdua saja. Bagi pengembara bujang dan ramai geng bolehlah ambik bilik backpackers sahaja sebab lebih murah. Kami membayar RM380 untuk bilik tu dan book melalui Agoda. Bila pagi nampak pemandangan laut sebab bilik kami di tingkat atas..kami terus tidur sebab keletihan dan nak bangun awal pagi esok untuk ke the Pinnacles Desert yang dekat sangat dari Cervantes tu. Nantikan part 3...







Ulasan

  1. Salam kak..boleh tak nak tnya sal rental car at thrifty tu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris