Holiday in Perth, Western Australia - Day 1 City Tour

Tepat jam 12.05 pagi 22 Oktober 2014, saya dan suami bertolak ke Perth dengan menaiki pesawat Air Asia. Dah setahun lebih tak naik Air Asia kerana naik MAS. Memandangkan cuti kali ini lebih kepada nak rileks-rileks tak mahu banyak sangat habiskan duit sebab tengah mengumpul dana ke Europe tahun depan..hehe..makanya kami membuat keputusan untuk ambik tiket Air Asia yang berharga RM1900 untuk dua orang (termasuk makan, bagasi dan tempahan tempat duduk) berbanding MAS iaitu RM3000 untuk dua orang. First time datang ke KLIA2..mak aihhh!! Besarnya airport ni..penat kot jalan hampir setengah jam baru sampai boarding gate. Dah la airport dah serupa shopping complex tapi yang best banyak pilihan restoren..bagi kaki makan macam kami, itu yang penting..hahaha!!

Time ni pukul 5.30 pagi

Hadapan rumah kawan kami

Kat rumahnya ada banyak pokok cantik dan pokok anggur juga..best!

Rumah kawan kami menumpang tidur


Kami sampai di Perth pada lebih kurang pukul 5.15 pagi. Kat sana 5.30 pagi dah cerah macam pukul 8.00 pagi. Airportnya tak lah besar sangat so sekejap jer dah sampai ke arrival hall. Kami dijemput oleh kawan hubby yang berniaga restoren makanan Melayu di sana. Restorennya bernama Insan's Cafe terletak di 113-115 Murray Street, Perth CBD. Kami menumpang tidur di rumahnya selama empat malam manakala semalam lagi kami tidur di Cervantes.

Nasi goreng kat Insan's Cafe..sedap!

Insan's Cafe



Hari pertama kami habiskan masa dengan ronda-ronda sekitar bandar dengan menaiki bas percuma. Untuk makluman, terdapat tiga jenis laluan bas iaitu bas red cat, blue cat dan green cat. Kami ambik pamplet laluan bas ni kat Information Center area Murray street tu. Kat Murray Street tu ada shopping complex Myers dan ada pasar malam pada setiap Jumaat malam atau hari Jumaat malam Sabtu. Pasar malam ini memang best sebab ada persembahan pentas dan gerai-gerai makanan dari seluruh dunia...dari Malaysia pun ada..ada sate dan murtabak dan saiz satenya sangat-sangat besar okayyy!!!

Harbour Town



Hari pertama tu dah terlajak shopping di Harbour Town. Mana tak shoppingnya kalau T-shirt FILA yang lawa tu cuma AUD15..harga asalnya AUD45. Hubbyku pula beli kasut sukan FILA..lawa sehhh..harganya cuma AUD40..aku juga terbeli purse2 lawa jenama Kate Hill untuk mak, mak mertua dan adik. Tengok2 New Balance pun buat sale..apalagi grab la seluar senaman cottonnya yang sangat cantik dan tebal..harganya cuma AUD10..jealous tak? hehe...Lepas dah penat jalan kat situ tertengok pulak kedai kebab kat situ..apalagi melantaklah kebab pulak..besar bebanor kebabnya..kenyang sangat. Sila take note kedai-kedai dan shopping complex kat sini semua tutup awal pada pukul 5 - 6 petang..cuma hari Jumaat malam sahaja dibuka sampai pukul 9 malam.

Kedai kebab besar..sedap!!

Hari tu juga kami jalan-jalan kaki masuk muzium, Art Gallery dan WA Library (tapi masuk kat pintu jer ambik gambar...hehe). Semuanya percuma..kalau nak donate boleh jugak..kami donate jugalah sikit duit, malu pulak kat mat salleh lain yang menderma. Muziumnya tak lah best sangat..best lagi Melbourne Museum. Petang tu selepas ke Harbour Town, kami ambik bas laluan hijau ke Stirling Garden dan Bell Tower serta Captain Cook jetty. Cantik juga Stirling Garden tu..tengah musim spring kot..cuaca kat sana agak sejuk tapi matahari terik. Tak perlu pakai baju sejuk boleh tahan lagi tapi bila angin tiup mak aihhh..sejuknya sebab anginnya angin sejuk and bear in mind that Perth is the most windy city in the world! Berangin setiap masa..so ada ketikanya sangat sejuk..better prepare baju sejuk nipis dalam bag. Saya cuma bawa pashmina dan saya masih ok..hehe..Malam tu kawan hubby yang kami panggil Pali bawa kami ke Kings Park..katanya cantik pemandangan bandar Perth pada waktu malam..malangnya duduk sekejap jer pasal tetiba hujan..then, balik rumah tidur..kepenatan! Nanti sambung lagi part two..tunggu!!!


Western Australia Museum



Perth CBD

Stirling Garden

Stirling Garden

Stirling Garden

Bell tower

Bell tower

Pemandangan bandar Perth pada waktu malam dari Kings Park Botanic Garden

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris