Holiday in Perth Part 5 (last day)

Kami mengunjungi pasar pagi di Canningvalle dengan salah seorang chef di Insan's cafe iaitu Syaiful yang mengajak kami melihat pasar pagi di sana. Kami bertolak seawal pukul 6.30 pagi dan pasar itu cuma mengambil masa selama 10 minit untuk sampai. Nak masuk ke pasar pagi ini kena bayar sebanyak AUD1 seorang. Banyak juga barangan yang dijual di sini dengan harga yang lebih murah terutamanya T-shirt hanya dijual AUD5 tanpa mengira saiz. Selain itu, kami turut membeli buah epal 3 biji dengan harga cuma AUD1..sedap sangat epalnya sangat crunchy dan juicy tak sama macam yang kita makan kat Malaysia..sama macam rasa epal kat New Zealand...sedap dan manis sangat. Saya juga turut membeli buah strwaberry sekotak yang cuma berharga AUD2. Kami juga terjumpa gerai orang Malaysia pasangan dari Kelantan yang menjual sate, nasi beriani, nasi kerabu dan nasi lemak. Apa lagi kami pun terus membeli nasi kerabu dan nasi lemak ayam goreng dan makan di meja yang disediakan tak jauh dari gerai tersebut.

Pasar pagi kat Canningvalle


Nasi kerabu dan nasi lemak di pasar pagi Canningvalle..sedap!

 

Setelah selesai membeli-belah di situ, kami menghantar Syaiful pulang ke rumah memandangkan beliau bercuti pada hari tersebut. Seterusnya kami menuju ke Thrifty untuk memulangkan kereta yang disewa pada pukul 9.30 pagi. Senang sangat nak pulangkan kereta kat sana..parking kereta kemudian masuk dan pulangkan kunci. Staf kat situ cuma tanya dah isi minyak penuh ke dan said thank you bila kami cakap sudah. Seterusnya kami meminjam kenderaan kawan hubby dan meneruskan perjalanan ke Cottesloe Beach dengan menggunakan bantuan waze. Alhamdulillah, waze telah membantu kami untuk sampai ke sana tanpa sesat. Malangnya awan hitam membayangkan hujan akan turun. Kami sempat mengambil gambar sekejap sebelum hujan. Tetapi hujannya sekejap sahaja dan kami menyambung aktiviti klik klik dan duduk berehat di bangku yang disediakan sambil makan epal yang dibeli pagi tadi.


Cottesloe Beach




Seterusnya kami menuju ke Freemantle sekali lagi untuk mencuba Kailis Fish and Chips. Kami sempat juga ke E-shed market sekali lagi dan melawat Round House serta mengambil gambar di sekitar bangunan-bangunan lama yang cantik yang terdapat di situ. Setelah mencuba traditional Fish and Chips Kailis kami pulang ke Perth CBD kerana mahu menghabiskan saki-baki duit AUD di Harbour Town. Saya membeli hand bag Kate Hill bewarna merah cili dan hubby membeli track suit jenama New Balance. Kami juga membeli perfume yang sangat murah harganya di Chemist store yang cuma selang dua buah kedai dari Insan's Cafe kat Murray Street. Chemist store tu adalah store termurah di seluruh Australia. Saya membeli perfume Calvin Klein dengan harga cuma AUD39.90 untuk 100 ml dan hubby membeli perfume jenama David Beckham pada harga cuma AUD19.90 untuk 75 ml. Kebanyakan perfume jenama selebriti terkenal seperti Rihanna, Jlo, David Beckham, Paris Hilton, Mariah Carey dll hanya dijual dalam lingkungan AUD19.90 - AUD39.90. Memang berbaloi-baloi sangat! Lepas balik ke Insan's cafe dan melantak nasi goreng baru terasa nak beli lagi tapi malangnya kedai dah tutup pada pukul 6 petang. 


Swan River


Freemantle again!



Round House

At round house..tempat hukuman pesalah zaman dulukala


Makan kat Kailis

Kailis traditional Fish and Chips
Perfume yang kitaorg beli..best dan murah!!

Street performance

Hehe..lembu dibawa ke tengah bandar untuk dipertontonkan


Malam tu selepas tutup restoren, Pali membawa kami ke Hotel Crown untuk menjenguk kasino kat sana. Buat pertama kalinya saya masuk ke dalam kasino..yer lah..kalau kat Malaysia mana boleh masuk. Besarnya kasino tu dan ada pelbagai jenis permainan judi dari mesin sampai ke meja malah ada yang macam roda wheel of fortune. Senang jer nak masuk ke dalam tu cuma perlu tunjukkan passport. Tapi kami tak berani untuk mengambil sebarang gambar di situ kerana rasanya memang tak boleh ambil gambar. Kami jenguk kat dalam tu lebih kurang 15 minit dan seterusnya lepak sekejap di area lobby hotel mewah tersebut sambil dengar live band dan seterusnya pulang ke rumah untuk pack barang-barang dan pakaian sebab kami akan bertolak balik ke Malaysia pada pukul 6.40 pagi. Seawal pukul 4 pagi kami dah keluar dari rumah dan jarak ke airport dari rumah Pali cuma ambil masa selama lima belas minit. Kami yang telah kehabisan duit AUD telah diberikan sebanyak AUD20 untuk minum kopi dari Pali. Kami tak nak ambik mulanya sebab kami akan makan dalam flight nanti tapi dia insisted juga nak bagi duit tu sebab dah niat katanya. So, kami ambil juga dan minum kopi dan hot chocolate di Dome Cafe. Terima kasih Pali! Jasa-jasamu menumpangkan kami di rumahmu akan kami kenang selamanya...selamat tinggal bumi Perth! Percutian kali ini amat menyenangkan dan memberikan kelegaan otak daripada kesibukan di hospital.


Hubby bersama Pali
  
Cantik Crown Hotel ni..harga semalam lebih kurang AUD380






Ulasan

  1. Syoknya wehhhhhh melancong... Aku berazam, bila anak² dah besar sikit, aku nak p melancong jugakkkk...

    BalasPadam
  2. Pi lah wei...anak kecik2 pun boleh jalan2 ke tempat-tempat yang sesuai ngan kanak-kanak..gi tempat macam Perth, Melbourne tu..tunjuk kat anak-anak penguin, kangaroo, wombat..itu membantu dalam pembelajaran mereka jugak..

    BalasPadam
  3. Berapa botol limit perfume yg boleh dibawa balik ke malaysia ye sis?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris