Amazing Phuket and Krabi!





Gambar-gambar kat atas ni masa gi Phi Phi Island, Krabi..tempat ni dulu teruk kena tsunami (2004)

Kami ke Phuket pada Oktober 2009..dah 3 tahun berlalu..tapi for me Phuket adalah tempat yang sangat happening (esp. the night life) dan pantainya sangat cantik dan bersih. We stayed at Andaman Beach and Suite Resort. Ok lah jugak hotel ni..4 stars rasanya. Yang penting bila pergi Phuket jangan lupa buat Thai massage..terbaik! Selain itu, kami turut ke Krabi dengan menaiki cruise yang mengambil masa selama 2 jam.

Tips untuk anda yang nak ke sana:
  • Do not buy packages online..harga online lebih mahal kerana mereka hanya ambil untung atas angin..sebab diaorg juga akan book dengan travel agency kat sana. Pergi jer kat sana dulu, belambak pakej yang murah-murah. Harga orang Asia esp Malaysia memang murah banyak berbanding mat salleh..kesian diaorg kena 'pau'
  • 30% daripada penduduk Phuket beragama Islam. According to our travel guide, ayam diproses secara halal di Phuket. So, do not hesitate to eat.
  • Jangan malu-malu untuk tanya tour guide kat mana boleh beli T-shirt murah. Hari tu tour guide kitaorg bawak gi kilang T-shirt lagi..dapat harga murah sangat.
  • Jangan lupa gi safari...Best sangat experience naik gajah...
  • Area Patong Beach memang happening esp malam..do not forget to get there!
  • Senang nak kira duit bath..buang jer satu kosong kat belakang tu kalau nak tau nilai duit kita..contoh: 1000 bath maknanya RM100.
  • Cuaca sgt baik pada bulan Disember. Masa kami pergi Oktober tu sebenarnya musim cuaca tak menentu tapi nasib kami baik sebab masa kami pergi hujan tak turun..fuh! Lega..
  • Jangan terkejut kalau tengok ada minah salleh topless..jangan tengok lebih-lebih pulak..hehe..
  • Phi Phi Island kat Krabi tu cantik sgt, mesti pergi terutamanya pada penggemar2 snorkling..airnya crystal clear..cantik sgt!


Salah satu tempat makan yang halal..owner nya org Terengganu yang berkahwin dengan wanita Thai


Tempat kitaorg ber massage..memang best dan berbaloi. RM80 for almost 2 hours..full body massage including foot massage.Tempat Gred A.


Kilang Cashew nut..siap ada air cashew nut





Area Patong Beach..byk restauran Arab yang halal


My hubby at Patong Beach


Makan at Patong Seafood




Kenderaan popular tut-tut


At Karon view point


The biggest temple in Phuket

At Promptep Cape..nice view




Hari last..sempat pergi Safari



First time naik gajah..best!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris