Japan Trip with Family- Introduction


Saya dan keluarga bercuti ke Tokyo pada 11 Mac sehingga 15 Mac yang lepas. Jepun adalah negara yang cantik dan maju. Selain itu, attitude rakyatnya sangatlah mengkagumkan

saya. Japanese people are very polite, hardworking and systematic. Toiletnya sangatlah bersih dan teknologi tandasnya yang advance amatlah mengkagumkan saya yang jakun ini..hehe...siap ada spray wap panas lagi kat bontot kalau sejuk di musim winter..hehehe..




Selain itu, dimana-mana ada disediakan baby lounge. Ada disediakan toilet, mesin water heater untuk buat susu baby, katil baby dan sofa. Pemilik-pemilik kedai makan kat sini pun tidak kedekut kalau kita minta air panas untuk buat susu baby. Selain itu, orang Jepun bekerja seolah-olah tempat kerja itu kepunyaan mereka. Mereka bekerja dengan tekun selain murah dengan senyuman serta amat menghormati pelanggan. Pengalaman saya memerhatikan sikap mereka bekerja semasa berkunjung ke Disneyland amat mengkagumkan saya. Mereka bekerja dengan tekun sambil tersenyum dan bercakap lembut dengan pengunjung dan sgt membantu. Walaupun barisan agak panjang tapi sekejap saja dah sampai turn kerana mereka sangat cekap bekerja dan tiada istilah curi tulang.





Kami tinggal di sebuah apartment tiga bilik yang agak sempit. Harga sewaan semalam ialah lebih kurang RM400. Harga hartanah di sana amat tinggi dan harga rental bilik dan rumah kat sana amat mahal. Adik ipar saya yang sedang pursuing his master degree kat GRIPS menyewa sebuah studio apartment yang kecil beharga RM1400 sebulan. According to my brother in law, about 30 000 org rakyat Jepun membunuh diri setiap tahun kerana mengalami tekanan perasaan dan cara yang paling popular to commit suicide adalah dengan cara terjun ke landasan keretapi laju ketika train hampir sampai. Hari terakhir di sana kami dapat melihat train delay disebabkan accident. Kitaorg syak ada org bunh diri. Oh ya! Kat sana train sgt on time dan cepat sampai.Kekadang tak sempat nak beli air kat vending machine train dah sampai.

Harga barang sangat mahal di sana. Harga sebiji nenas mencecah RM15. Harga satu fridge magnet biasa mencecah RM24..mahalkan? Harga tambang teksi pun sgt mahal, untuk jarak sejauh 15KM kami harus membayar hampir RM200. Kitaorg byk bawa stok makanan dari Malaysia. Siap masak laksa tu..hehe..kitaorg seludup laksa kering,bunga kantan dan daun kesum ke sana. Ikan my brother in law beli kat sana. Sedap sgt ikan tu. Kuah laksa jadi sgt sedap. Selain itu, kami makan salmon sepuas-puasnya kat sana sbb murah.


Selain itu, kitaorg jugak merasa earthquake..siap goyang ke kiri dan ke kanan lagi..huhu!! Nasib baik tak lari masuk bawah meja. My bro in law cakap dia dah biasa dgn gegaran2
ala2 manja tu. Kami pergi masa early spring..so masih byk pokok tak tumbuh daun. Nasib baik sempat juga jumpa sakura yang belum berkembang sepenuhnya kat Odaiba pada hari terakhir kami di sana. Cuaca masih sejuk range between 0 - 7 darjah celcius. My mum and dad kesejukan siap tido berpelukan kat sana, macam pasangan baru kawin..hohoho!!!



Pening juga naik train kat sana. Nasib baik dah buat peta laluan siap2 ke tempat2 yang nak pergi. Byk kena tukar train utk ke satu-satu destinasi. Byk jenis train tapi akhirnya kami faham. Nak tanya org pun ibarat cakap anjing dgn kucing. Pakai bahasa isyarat jer. Susah sgt nak jumpa org Jepun yang boleh berbahasa Inggeris. Luckily, my bro in law tak de kelas masa hari pertama sehingga hari ke empat kami ke sana. Dia ajar kami naik train. Oh yer, kat sana ada nama tempat yang familiar pada telinga kita seperti Kawasaki, Yokohama dan Naruto (watak kartun tu!)

Sebagai negara pengeluar kereta yang popular saya terkejut melihat jalan rayanya yang lengang walaupun pada waktu puncak. Ramai yang pakai train untuk ke tempat kerja. Rakyat Jepun sgt fashionable..bergaya sakan dgn baju2 sejuk yang trendy2 gitu! Most of the women there are beautiful and their skin complexion are marvellous! Tapi yang menghairankan saya, dalam sejuk2 tu pun ada segelintir yang tetap nak pakai skirt pendek walaupun atas beria pakai baju panas..tak sejuk ker?!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris