My travel blog
Saya dah lama terfikir nak buat catatan kembara saya ke bumi asing untuk tatapan para sahabat dan juga saudara mara. Malah saya pernah berjanji nak buat catatan mengenai kembara saya ke bumi kiwi kepada beberapa org sahabat namun sehingga kini saya masih belum menunaikan janji. Tak ada lah byk sgt negara yang saya dah lawati. Setakat ini baru ke Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, New Zealand dan yang terbaru next week saya akan ke Tokyo dan Yokohama, Japan. Tapi at least saya dapat berkongsi juga beberapa tips yang penting untuk panduan rakan-rakan yang nak ke sana nanti. InsyaAllah ada masa nanti saya akan update untuk tatapan semua.
Satu tips yang baik, masa nak tukar matawang jgn malas nak survey ke banyak kedai. Kalau kat JB kat CIQ Bangunan Sultan Iskandar tu memang byk kedai dan boleh tawar-menawar. Jgn terburu2 tukar duit tapi deal dulu dgn pekerja or tokey money changers tu, bila dah habis rendah harga dia bagi minta name card dan sedikit kiraan yang dia dah buat and cakap u will come back to him. Sementara tu survey jugak kat tempat lain. Dah dpt deal yg bagus baru call dan tetapkan masa untuk ambik duit tukaran tu. kadang-kadang walaupun berbeza 50 sen tapi kalau tukar 10K dah berapa banyak kita rugi sebenarnya. Kadang2 menjangkau 200-300 ratus jugak. So, be smart!
Ulasan
Catat Ulasan