Bandung, Indonesia..


Bergambar di hadapan Gedung Sate

I went to Bandung with friends in 2007. Bandung memang the right place untuk shopping sampai pengsan..hehe..Shopaholic sila datang sini..mesti happy dapat habiskan duit untuk membeli kain sulam yang cantik-cantik untuk buat kebaya, telekung sulam, kain lace dan barang-barang pengantin yag murah-murah. Setahu saya ramai orang Malaysia datang membeli barang-barang untuk kahwin kat sini.



Shopping kat Pasar Baru

Selain itu, makanan kat Bandung juga best antaranya nasi liwet (sebut betul2, bukan liwat tau!), nasi ambel (org Johor panggil nasi ambang), bakso, dan yang penting jus avocado nyer yang best..kat sini disebut jus alpukat. Bila saya sebut kat org hotel masa dia nak bagi welcome drink yang kami nak jus avocado beria dia cakap tak ada buah nama avocado..sedangkan buah tu ada kat meja bar kat situ...rupanya diaorg panggil alpukat. Kami tinggal di Hotel Preanger, one of the five stars hotel yang terdapat kat sana.


Kat atas Gunung Tangkuban Parahu..cuaca sejuk

Kat bawah tu larva Gunung Berapi

Kat kawah gunung berapi
Kat Ciater Hot Spring
Kat Perkebunan Teh Malabar

Cuaca di Bandung sangat best...tak lah sejuk sangat tapi nyaman. Angin kat sana angin sejuk. Bandarayanya tak lah moden sangat. Macam Alor Setar tahun 80an jer kot. Driver2 kat sini juga gemar membunyikan hon sama macam di Vietnam dan Thailand. Kami sempat melawat Perkebunan teh Malabar, Hot Spring Ciater (if I'm not mistaken) dan Gunung Tangkuban Parahu ( pengalaman pahit kat sini akan kekal sampai bila-bila, terasa sakit hati sangat ditipu mamat-mamat Indon yang suka paksa2 tourist beli barang, siap nak pau duit hanya kerana mereka ikut kita berjalan padahal tak suruh pun). Gunung Tangkuban Parahu ini merupakan gunung berapi yang masih aktif.

Kami bershopping di Pasar Baru (kompleks macam PKNS). Harga barang kat sini murah-murah. Saya sempat membeli beberapa pasang kain untuk diri sendiri dan ahli keluarga, telekung, jamu dan macam-macam lagi. Selain itu kami banyak juga berkunjung ke factory outlet dan kedai rekod. Saya beli banyak CD artis-artis Indon yang saya suka kat sini sebab harganya sangatlah murah. Saya terjumpa juga CD Kumpulan Sofaz dijual di sini.

Tapi disebabkan ramai sangat kaki penipu kat sini terutamanya pemandu taxi, saya rasa malas nak datang lagi ke Bandung. Toilet kat airport juga tak hygiene sangat. Maybe satu-satunya tempat kat Indonesia yang saya akan pergi selepas ini ialah Bali. Saya rancang nak ke sana bersama hubby next year. Jakarta mungkin tidak..saya tak suka sangat ke bandar yang crowded dan macet (jam).

P/S: Sorry, gambar tak clear sgt pasal scan jer hardcopy..softcopy hilang..ambik gambar kat sana pun sikit sangat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris