Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas merupakan tempat percutian pertama yang kami tuju selepas bergelar suami isteri..sepatutnya bulan madu kami di Sabah tapi berubah di saat akhir kerana kami terlepas penerbangan ke Kota Kinabalu. Jangan tanya punca kejadian, namun yang pasti that was the best lesson for us kalau nak naik Air Asia kena datang awal ke airport. Sebelum ni dok naik MAS jer, mana nak tau ada rules 45 minit sebelum berlepas kaunter check in dah tutup...haha..apa pun sebab tak mahu honeymoon terlepas begitu sahaja, hari tu jugak kami suami isteri pergi book pakej honeymoon ke Pulau Kapas.
Pulau Kapas sangat cantik dan lebih private..airnya sangat bersih dan jernih..maybe sebab tak banyak resort di situ maka environment lebih terjaga. Kalau ada rezeki lepas ni nak ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang pula.
Ulasan
Catat Ulasan