My life as a busy wife
Saya ingat nak sambung cerita mengenai trip ke Jepun tapi macam tak ada mood pulak sekarang ni. Balik office kerja bertimbun menanti. Saya dah boring kerja di bidang pengurusan ni..dah empat tahun saya buat admin, i really need job rotation. Bila naik pangkat ni, bukannya hidup makin senang tapi makin susah..nak cuti pun susah. Asal plan nak cuti jer terpaksa cancel sebab ada kerja yang lebih penting di office..responsibility also become more heavier. Tak apalah, nak buat macam mana dah kerja, kenalah jugak harung dan buat bersungguh-sungguh.
Suami saya yang tersayang dah beberapa hari tak sihat selepas pulang dari Jepun. Kesian dia tak ada wife di sisi untuk jaga. Tak apa, esok saya akan balik ke JB untuk jenguk dia dan juga rumah yang dah tiga minggu ditinggalkan..mesti dah berhabuk, cik abg saya tu bukan rajin sgt mengemas..hehe..Saya harap dia cepat2 dapat tawaran bekerja di KL dan dapat duduk serumah balik macam dulu. Rumah yang kami beli di Hillpark Kajang akan siap hujung tahun depan. Daripada sekarang saya gigih buat calculation untuk renovation yang kami akan buat kat rumah tu..rasa-rasanya pasti around RM30K juga pasti habis..nampaknya kenalah menabung daripada sekarang. Tak dapatlah cuti-cuti oversea sampai rumah selesai renovate..hukhuk!! Sedihnya bila tak dapat travel terutamanya pada musim sejuk. Paling-paling pun tahun depan pergi dekat-dekat jer macam Bali atau Koh Samui pun jadilah kot!
I miss my cik abang a.k.a baby buchuk saya sangat-sangat!! Tambah2 bila dia sakit, manjanya suara dia mengadu kat saya macam kanak-kanak ribena. Suami saya tu memang manja orangnya, nasib baik dapat isteri yang rajin layan kemanjaannya tu..hikhikhik!! Tak padan ngan badan besar tapi dalam hati ada taman..makin romantik pulak dia lately, tak habis2 cakap rindu kat bini dia yang tembam ni :-) Hadiah birthday dia yang jatuh pada 17 Mac pun saya belum bagi. Nak set golf katanya. Next month lah saya beli kat dia..tak ada masa lagi nak pi beli..better beli ngan dia jer. Bukannya saya tahu sangat jenis macam mana yang sesuai untuk beginner macam dia..hohoho!!
Ulasan
Catat Ulasan