Mencari Kedamaian di Cameron Highlands


Cameron Highlands merupakan salah satu tempat peranginan tanah tinggi dan sejuk di Malaysia. Cameron Highlands sering dikaitkan dengan kaktus, buah strawberry, teh dan sayuran-sayuran segar serta pokok-pokok bunga yang cantik dan tumbuh dengan suburnya. Mungkin disebabkan cuaca sejuk maka pokok-pokok di sana segar bugar semuanya :-)



Minum teh disana memang best..macam-macam perisa ada


Boh tea centre..
Macam-macam perisa teh ada, kami memang akan beli banyak stok untuk setahun..
packaging memang menarik






At Kea Market..satu lagi tempat wajib pergi..borong bunga, buah dan sayur


Hubby saya penggemar kaktus..kat rumah dah macam2 jenis kaktus ada




Saya dan suami memang gemar bercuti ke Cameron Highlands. Sudah dua tahun berturut-turut kami ke sana. Selain daripada cuaca yang nyaman dan sejuk di sana, kami gemar melihat pokok-pokok yang cantik esp kaktus yang pelbagai jenis. Kami gemar membeli pokok tetapi untuk menjaganya kami malas..hehehe..akhirnya pokok kami mati begitu sahaja. Dah beratus-ratus ringgit kami habiskan duit untuk beli pokok..kami berazam untuk tidak mahu membeli sebarang pokok baru melainkan rumah yang kami beli nanti siap.

Sebab berangan-angan nak berkebunlah kami membazir duit RM36K untuk membeli rumah end lot yang ada lebihan tanah sebesar 5 kaki. Huh..RM36K utk tanah yang cuma sebesar 5 kaki memang sangat mahal! Kalau malas tanam pokok jugak tak tahulah..siap berangan nak buat fountain jugak tu..hahaha...nampaknya lepas ni makin rajinlah kami ke Cameron Highlands untuk cari pokok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris