Europe Trip - England (Windsor & Stonehenge -Road Trip Day 1)
setelah sampai di London kami terus ke tempat sewa kereta yang terletak tidak jauh dari Victoria Coach Station. Kami memilih Sixt Rent A Car Limited. Kami menyewa kereta untuk tempoh lima hari. Memandangkan suami tiada kad kredit maka kad kredit saya yang digunakan bagi urusan sewa kereta melalui online ini. Perlu diingatkan pemilik kad kredit perlu didaftar sebagai main driver. Untuk additional driver untuk meletakkan nama suami saya, bayaran tambahan dikenakan. Untuk tambahan driver saya perlu membayar tambahan 37 pound (+ VAT) untuk lima hari..agak mahal bukan? Undang-undang penyewaan kereta di UK agak strict tidak seperti di Australia yang lebih mesra pelancong. Kat Australia tak kena caj pun untuk penambahan driver. Sila baca terms and conditions dengan jelas sebelum menyewa kereta secara online..harga prepaid dan bayar di kaunter adalah berbeza. Kereta sewa kami Kami membeli insurans tambahan dari company insurance luar iaitu IcarHireInsurance yang cuma berjum...