Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Terengganu

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

Imej
Minggu lepas, aku dan suami yang tercinta telah bercuti selama 3 hari 2 malam ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta. Kami bertolak dari JB melalui Segamat,  Bandar Muadzam dan seterusnya ke Kuantan. Malam tu kami singgah tidur di rumah Ija sepupu husbandku. Bagus juga bila berjalan jauh menaiki kenderaan sendiri ni..setidak-tidaknya dapat juga menziarahi saudara-mara. Esok paginya kami bertolak ke Kuala Besut melalui Kuala Terengganu. Dah lama sangat rasanya tak ke Terengganu. Last sekali aku ke sana pada awal tahun 2008 sebelum aku melangsungkan perkahwinan dengan suami tercinta. Itupun pergi atas urusan kerja dengan menaiki flight. Aku cuma pernah ke Terengganu melalui jalan darat ketika di Tingkatan satu..huh..lamanya! That was 22 years back..Kami sampai ke Jeti Kuala Besut lebih kurang jam 1 tgh hari. Kami lunch dulu kerana bot hanya akan bertolak pada pukul 2.30 petang..almaklumlah hari Jumaat. Kami lepak di pejabat Shari-la ...

Pulau Kapas, Terengganu

Imej
Pulau Kapas merupakan tempat percutian pertama yang kami tuju selepas bergelar suami isteri..sepatutnya bulan madu kami di Sabah tapi berubah di saat akhir kerana kami terlepas penerbangan ke Kota Kinabalu. Jangan tanya punca kejadian, namun yang pasti that was the best lesson for us kalau nak naik Air Asia kena datang awal ke airport. Sebelum ni dok naik MAS jer, mana nak tau ada rules 45 minit sebelum berlepas kaunter check in dah tutup...haha..apa pun sebab tak mahu honeymoon terlepas begitu sahaja, hari tu jugak kami suami isteri pergi book pakej honeymoon ke Pulau Kapas. Pulau Kapas sangat cantik dan lebih private..airnya sangat bersih dan jernih..maybe sebab tak banyak resort di situ maka environment lebih terjaga. Kalau ada rezeki lepas ni nak ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang pula.