Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

EUROPE TRIP 2018 - MILAN, ITALY

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya sama ada pembaca setia atau sekadar singgah untuk mendapatkan info. Penceritaan saya lebih santai dan tidak terlalu detail sehinggakan tunjuk peta dan sebagainya. Cuma saya gemar memberi tips yang sesuai berdasarkan pengalaman perjalanan kami. Saya juga menulis blog ini untuk mengabadikan kenangan pengembaraan kami yang boleh dibaca semula apabila kami sudah tua nanti dan ketawa bersama-sama mengingati setiap kenangan indah yang kami dapat sepanjang melakukan hobi mengembara kami.  Perjalanan kami dari Brig ke Milan berjalan dengan lancar. Satu yang perlu diingatkan train di Italy tidak punctual seperti di Swiss. Sepanjang kami menaiki train di Itali, tidak pernah sekalipun train kami tidak delay . Delay paling lama ialah selama setengah jam, average 10 minit. Saya juga suggest  anda pergi ke Itali dahulu sebelum ke Swiss kerana apabila ke Swiss dahulu dan seterusnya ke Itali ianya seumpama anti-

EUROPE TRIP 2018 - INTERLAKEN, LAUTERBRUNNEN, MURREN & MOUNT SCHILTHORN

Imej
Assalamualaikum semua..rajin pulak nak update blog hari ni selepas suami tiba-tiba hantar whatsapp tanya negara mana nak pergi next year..lagi bersemangat bila dia cakap nak taja tiket penerbangan saya. Apa lagi mata yang kuyu juga terus segar kembali 😍 Negara mana nak pergi dia serahkan untuk saya pilih. Dalam kepala terfikir nak ke Hawaii tetapi memandangkan nak kena buat visa kalau nak masuk USA maka hasrat itu ditangguhkan sehingga kami berpindah ke Kajang nanti. So, pilihan lain sama ada Turki & Greece atau negara-negara Balkan atau Dubai, Spain, Portugal & Morocco ataupun pilihan itu boleh bertukar bila-bila masa mengikut keadaan. Perjalanan kami di bumi Swiss diteruskan ke Interlaken dan juga Lauterbrunnen. Dua tempat ini merupakan tempat wajib pergi bila ke Swiss. Kecantikan Lauterbrunnen sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Terasa begitu besar kebesaran Illahi bila tengok secara live di hadapan mata. Di Lauterbrunnen kami menginap di Valley Hostel kerana pe