Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Imej
Assalamualaikum semua pembaca blog akak... Kali ni akak nak bercerita tentang cuti-cuti Malaysia akak di negeri kelahiran akak iaitu negeri Jelapang Padi serta Penang dan juga Perlis. Tapi hari ni akak nak bercerita tentang kecantikan pemandangan dari Gunung Jerai yang sangat awesome itu! Akak nampak laut, pulau dan juga sawah padi terbentang luas dari atas Gunung Jerai.  Gunung Jerai boleh dinaiki menggunakan kenderaan biasa seperti kereta, van mahupun motorsikal. Jarak cuma 12 KM untuk ke atas gunung dari kaki gunung dan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kat atas tu cuma ada satu hotel sahaja iaitu The Regency Jerai Hill Resort dan ada beberapa jenis bilik serta chalet yang harganya bermula dari RM300++ hingga 500++..kadangkala ada offer atau bukan peak season boleh la dapat dalam RM200++ untuk bilik yang paling murah. Al maklumlah satu-satunya hotel kat atas tu..haruslah harga agak mahal namun pemandangan yang sangat awesome kat atas tu membuatkan harga yang harus d

SIRIH PULANG KE GAGANG

Imej
Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah selalu.. Kali ini akak nak bercerita tentang arwah nenek akak yang meninggal dunia pada 6 May 2017 yang lalu pada usia 88 tahun. Pada mulanya akak telah mengambil tiket Flight MAS untuk pulang ke kampung bercuti pada 7 May hingga 12 May 2017. Masa akak ambil tiket flight tu memang niat akak nak balik menjenguk kampung halaman yang telah 10 bulan akak tidak jejakkan kaki itu. Walaupun akak jarang balik ke Kedah tapi boleh dikatakan setiap dua bulan sekali akak akan berjumpa mak bapa akak di rumah adik di Kajang. Actually akak ada rumah di Kajang Hillpark 2 yang akak jenguk setiap bulan untuk dibersihkan. Akak memang akan tidur di rumah akak kalau ke Kajang memandangkan rumah tu sudah fully renovated  dan dah ada meja makan baru, build in wardrobe, katil, dan dapur segala. Jarak rumah akak ke rumah adik akak tu sangatlah dekat dalam 1 KM jer kot or less ..akak tak sure tak pernah pulak akak check kat dalam waze. Berbalik ke

REVIEW HOTEL KATERINA, BATU PAHAT

Imej
Assalamualaikum para pembaca. Hari ni terasa nak review sikit hotel Katerina yang kami tinggal ketika balik kampung pada cuti labour Day yang lepas. Bukan sengaja tak mahu tinggal di rumah mak mertua tetapi masalah tilam kat rumah mak mertua saya yang dah uzur dan hanya rasa spring yang menyakitkan seluruh badan saya memandangkan saya mengalami masalah reversed cervical spine yang membuatkan tulan leher saya dan tulang belakang akan rasa sakit jika tidak menggunakan bantal dan tilam yang betul. Last time saya balik ke kampung badan saya habis sakit sampaikan saya demam dan menangis sepanjang perjalanan pulang kerana terseksa duduk lama dalam kereta dalam keadaan sakit badan dan demam. InsyaAllah suami akan membelikan tilam yang baru dalam masa terdekat ini untuk kegunaan bila bercuti balik raya nanti. Selain itu, kami juga menebus reward Agoda di mana suami hanya perlu menambah RM90 dan jumlah selebihnya menggunakan reward Agoda yang bernilai lebih kurang RM110. Kelebihan