Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Zaanse Schaans

EUROPE TRIP 2015 - AMSTERDAM, ZAANSE SCHAANS, VOLENDAM DAN MARKEN

Imej
Kami tiba di Amsterdam Central pada 23 September 2015 lebih kurang jam 11 pagi. Kami membeli tiket GVB untuk dua hari berharga 12.50 Euro seorang. Kami menaiki tram nombor 9 untuk ke hotel yang kami tempah melalui Agoda iaitu Hotel Plantage yang terletak di Plantage Kerklaan. Station tram terletak betul-betul berhadapan dengan hotel. Itulah sebabnya kami memilih hotel ini kerana berdekatan dengan station tram dan berdekatan dengan kawasan tarikan-tarikan utama. Harga bilik ini ialah RM717.76 untuk dua malam dan kami sangat berpuas hati kerana biliknya besar dan dilengkapi wifi percuma serta ada kemudahan fridge, water heater, room heater dan lain-lain. Tetapi tiada kemudahan lif disediakan jadi terseksa jugalah mengangkat beg besar ke tingkat 2 hotel.    Sibuk membaca peta apabila sampai di Amsterdam Central Bersiar-siar di tengah bandar sambil mencari restoren makanan halal Beautiful city Hari pertama di Amsterdam saya diserang demam selse...