Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

SABAH TRIP DAY 3 - SABAH TEA PLANTATION, FISH SPA, RANAU HOT PORING & HOTEL PROMENADE KOTA KINABALU

Imej
Assalamualaikum semua pembaca yang mengikuti blog ini atau secara tak sengaja terbaca blog ini. Jarang-jarang dapat update dek kesibukan yang melampau. Sekarang pun tengah busy dengan kerja dan prepare itinerary dan book segala yang perlu untuk trip ke Hong Kong bersama suami dan kedua ibu bapa saya pada bulan Mac 2017 nanti sempena birthday suami saya yang tercinta tu. Kali ini bawa mak dan bapa saya sekali memandangkan sudah lama tak membawa mereka bercuti di luar negara. Kali terakhir kami membawa mereka ke Medan, Indonesia pada 2013. Tahun 2014 dan 2015 bercuti dalam negara sahaja dengan mereka. Walaupun begitu, sebagai anak yang baik (chewah, perasan!) saya tetap sponsor ground tour package parents saya masa mereka ke Bukit Tinggi, Sumatera pada minggu lepas bersama keluarga adik saya manakala adik saya membayarkan tiket penerbangan mereka. Saya tak ikut kerana ingatkan sibuk dengan penutupan akaun hospital rupanya tahun ini awal pulak tarikh penutupan iaitu pada 8 Disember..s