Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

CUTI-CUTI MELAKA - KINGS GREEN HOTEL, HARD ROCK CAFE, FREE PORT A FAMOSA OUTLET & ASAM PEDAS MELAKA

Imej
Assalamualaikum.. Nak review hotel ni masa pergi Melaka bulan Disember lepas..sebab point Agoda dah nak expired so terpaksa redeem juga dengan segera. Kings Green Hotel ini merupakan hotel baru dan kebersihan dan keceriaan bilik adalah di tahap cemerlang. Kolam renangnya pun acceptable lah bagi hotel bertaraf 4 bintang.  Kami cuma book bilik superior kerana niat pun nak habiskan point Agoda sahaja, so tak perlu bilik mahal-mahal. Yang paling best pasal hotel ini ialah breakfastnya yang pelbagai dan sedap..kira value for money. Jarak nak ke bandar pun dekat cuma 3 KM sahaja. Cuma yang tak bestnya hotel ni tak ada basement parking. Parkingnya cuma ada di sekeliling hotel...so siapa cepat dapatlah parking spot yang menarik. Sampai syiling pun ada kerawang..hehe.. Kami sempat menjamu selera di restoren Coconut Shake Klebang yang popular itu manakala di sebelah malam kami menjamu selera di restoren Asam Pedas Jr, Dataran Pahlawan Melaka. Selepas itu kami

EUROPE TRIP 2015 - AMSTERDAM, ZAANSE SCHAANS, VOLENDAM DAN MARKEN

Imej
Kami tiba di Amsterdam Central pada 23 September 2015 lebih kurang jam 11 pagi. Kami membeli tiket GVB untuk dua hari berharga 12.50 Euro seorang. Kami menaiki tram nombor 9 untuk ke hotel yang kami tempah melalui Agoda iaitu Hotel Plantage yang terletak di Plantage Kerklaan. Station tram terletak betul-betul berhadapan dengan hotel. Itulah sebabnya kami memilih hotel ini kerana berdekatan dengan station tram dan berdekatan dengan kawasan tarikan-tarikan utama. Harga bilik ini ialah RM717.76 untuk dua malam dan kami sangat berpuas hati kerana biliknya besar dan dilengkapi wifi percuma serta ada kemudahan fridge, water heater, room heater dan lain-lain. Tetapi tiada kemudahan lif disediakan jadi terseksa jugalah mengangkat beg besar ke tingkat 2 hotel.    Sibuk membaca peta apabila sampai di Amsterdam Central Bersiar-siar di tengah bandar sambil mencari restoren makanan halal Beautiful city Hari pertama di Amsterdam saya diserang demam selsema akibat