Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Sandiao Cape, Mr Brown Cafe and Yilan County, Taiwan 2019

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lamanya tak update blog..pertama kerana tidak dapat melancong disebabkan sempadan negara ditutup akibat Covid-19 dan kedua kerana sibuk pindah rumah baru di Eco Spring dan ketiga kerana sibuk dengan Pengurusan Covid-19 di hospital. Tidak pernah menjangkakan kehidupan kita akan berubah sebegini rupa akibat satu virus yang tidak dapat pun dilihat oleh mata kasar. Saya tidak menjangkakan akan dapat travel ke luar negara lagi dalam tahun 2021 ini. Maybe tahun 2022 kita semua dapat travel kembali sekiranya vaksin yang bakal dan sedang kita ambil ini berjaya mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity)...doakan semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dari sudut positifnya pula, saya akhirnya membuat keputusan untuk menetap terus di JB dan bersama suami membeli rumah ke dua di JB. Keadaan covid-19 ni membuatkan saya terfikir tidak mahu berjauhan dengan suami walaupun ditawarkan kenaikan pangkat suatu hari nanti. Keluarga adalah segala-ga