Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel beach vacation

SABAH BIRTHDAY TRIP 2016 - Island Hopping (Pulau Sapi, Manukan & Mamutik)

Imej
Pada hari ke empat kami di sana, tibalah masa untuk main air pula..dah lama rasanya tak pergi ke pulau sejak ke Pulau Perhentian pada tahun 2015. Lama sangat dah rasanya. Kami ke Jesselton Point dan membuat keputusan untuk membeli tiket ke Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Malangnya cuaca yang sangat cerah pada mulanya berubah dalam sekelip mata. Jabatan Laut mengarahkan agar semua bot tidak berlepas buat sementara sehingga ribut dan hujan reda. Padahal masa tu dah masuk dalam bot tapi kena keluar semula sebab cuaca di sebelah pulau makin tidak memberangsangkan.    Kami menunggu hampir dua jam untuk hujan reda. Sepatutnya bertolak pada pukul 9 pagi tapi bertolak hampir pukul 12 tgh hari walaupun hujan telah reda pada pukul 11 pagi kerana menunggu bot yang tidak kunjung tiba. Yang mana dah beli tiket dengan company lain dah selamat ke pulau tetapi kami beberapa orang masih tersadai kerana bot tidak kunjung tiba. Teruk betul perkhidmatan company tu. Dah la sampai lambat bi...

Review Hotel - Tunamaya Desaru

Imej
Review saya seperti berikut:   Good things dululah ye  :-) Kami pergi sini sebab nak habiskan point Agoda juga..so bayar RM90 jer utk bilik superior secantik ini. 1) Bilik kami sangat besar walaupun ambik superior sahaja. Katil juga besar walaupun single bed. 2) Semua bilik di hotel ini mengadap laut..best kan? 3) Kolam renang memang besar sedap tu mandi..dah la kami pergi weekdays memang orang tak ramai...best giler dapat mandi puas-puas. 4) Ambiance memang best..especially bila dapat duduk tepi pantai yang bersih sambil merasa kesejukan angin laut. 5) Parking pun senang..tak taulah kalau datang time cuti sekolah.   Yang tak berapa best pulak:   Breakfast tak banyak pilihan..tolong tambahkan...tak setaraf hotel 4 stars.   Ok itu saja, nanti nak cerita pasal hotel-hotel lain pula dan percutian ke Bandung dan Sabah. Bye! Muahh!!!  

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

Imej
Minggu lepas, aku dan suami yang tercinta telah bercuti selama 3 hari 2 malam ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta. Kami bertolak dari JB melalui Segamat,  Bandar Muadzam dan seterusnya ke Kuantan. Malam tu kami singgah tidur di rumah Ija sepupu husbandku. Bagus juga bila berjalan jauh menaiki kenderaan sendiri ni..setidak-tidaknya dapat juga menziarahi saudara-mara. Esok paginya kami bertolak ke Kuala Besut melalui Kuala Terengganu. Dah lama sangat rasanya tak ke Terengganu. Last sekali aku ke sana pada awal tahun 2008 sebelum aku melangsungkan perkahwinan dengan suami tercinta. Itupun pergi atas urusan kerja dengan menaiki flight. Aku cuma pernah ke Terengganu melalui jalan darat ketika di Tingkatan satu..huh..lamanya! That was 22 years back..Kami sampai ke Jeti Kuala Besut lebih kurang jam 1 tgh hari. Kami lunch dulu kerana bot hanya akan bertolak pada pukul 2.30 petang..almaklumlah hari Jumaat. Kami lepak di pejabat Shari-la ...