Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Murren

EUROPE TRIP 2018 - INTERLAKEN, LAUTERBRUNNEN, MURREN & MOUNT SCHILTHORN

Imej
Assalamualaikum semua..rajin pulak nak update blog hari ni selepas suami tiba-tiba hantar whatsapp tanya negara mana nak pergi next year..lagi bersemangat bila dia cakap nak taja tiket penerbangan saya. Apa lagi mata yang kuyu juga terus segar kembali 😍 Negara mana nak pergi dia serahkan untuk saya pilih. Dalam kepala terfikir nak ke Hawaii tetapi memandangkan nak kena buat visa kalau nak masuk USA maka hasrat itu ditangguhkan sehingga kami berpindah ke Kajang nanti. So, pilihan lain sama ada Turki & Greece atau negara-negara Balkan atau Dubai, Spain, Portugal & Morocco ataupun pilihan itu boleh bertukar bila-bila masa mengikut keadaan. Perjalanan kami di bumi Swiss diteruskan ke Interlaken dan juga Lauterbrunnen. Dua tempat ini merupakan tempat wajib pergi bila ke Swiss. Kecantikan Lauterbrunnen sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Terasa begitu besar kebesaran Illahi bila tengok secara live di hadapan mata. Di Lauterbrunnen kami menginap di Valley Hostel kerana pe...