Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Planning for Europe Spring Trip 2015

Imej
Assalamualaikum semua pembaca (errr..ada ker? ada kot..hehe)..dah lama juga tak update blog ni..lately agak busy dan mengalami migrain berpanjangan. Dah check tekanan darah Alhamdulillah tak ada darah tinggi. Sekarang tengah berurut di unit TCM di hospital saya bekerja. Alhamdulillah ok sikit selepas berurut..rasanya banyak sangat urat tegang. Kalau tak baik juga lepas ni maybe nak try akuapuntur atau bekam pulak...dan kalau tak baik juga saya nak buat full blood test pulak. Untung juga kerja di hospital ni..banyak kemudahan..hehehe.. Minggu ni juga ada produksi RTM datang ke Hospital untuk shooting drama 12 Episod berinspirasikan daripada kehidupan Dr Bubles yang selalu datang ke hospital untuk membantu dan menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser untuk tayangan bulan Ramadan ini. Sempatlah juga saya bergambar dengan Memey Suhaiza yang memegang watak utama dalam cerita tersebut. Karl Syafiq juga akan datang tak lama lagi untuk shooting scene yang melibatkannya. Kat bawah ni ada ga

Majlis bersama permaisuri yang jelita dan bijaksana

Imej
Sepanjang minggu lepas saya sangat sibuk dengan beberapa majlis rasmi yang perlu diuruskan. Bekerja di hospital berpakar yang besar dan merupakan pusat rawatan kanser wilayah Selatan menyebabkan hospital ini menjadi tumpuan untuk dilawati. Alhamdulillah DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah beserta anakandanya iaitu Tengku Temenggong Johor Y.A.M Tunku Idris dan Y.A.M. Tunku Tun Aminah berkenan berangkat ke hospital ini sempena Hari Sambutan Bulan Sabit Merah Sedunia 2014. Ini bukan lawatan kali pertama Tuanku ke hospital ini. Untuk tahun ini saja ini merupakan lawatan kali ke tiga tapi merupakan lawatan rasmi pertama. Tahun lepas DYMM Tuanku telah berkenan merasmikan Pediatric Palliative Care Service yang merupakan yang pertama diwujudkan di hospital kerajaan. Wad ini telah dihias dengan cantik sekali mengikut citarasa kanak-kanak dan nurse-nurse yang bertugas kat sini juga akan memakai aksesori seperti bunny, mini mouse dan sebagainya untuk menghiburkan kanak-kanak

Wanita dan kerjaya..bos di pejabat tapi suri di rumah

Imej
Saya terbaca petikan berita terbaru yang menyatakan bahawa 62% bos di kalangan penjawat awam adalah wanita. Well, sedikit pun saya tak terkejut dengan kenyataan ini. Kenapa saya kata begini adalah kerana 70% classmate saya semasa di universiti adalah perempuan. Apabila saya memasuki perkhidmatan awam juga saya telah berkhidmat dengan 4 orang bos wanita. Sakit jua hati saya bila di dalam satu forum ini asyik mencaci bos wanita dengan mengatakan bos wanita emosi, andartu gila yang asyik membambu staf bawahan, perempuan tak sepatutnya bekerja apatah lagi menjadi bos, bos perempuan cerewet, tak ada hati perut dan pelbagai lagi tohmahan yang dilemperkan kepada para bos wanita ini. Saya amat tak gemar dengan pendapat yang overgeneralised macam tu. Bukan semua bos perempuan itu macam yang dikatakan di atas. Pengalaman saya dengan kesemua bos wanita saya ialah mereka semua berkahwin, tak semuanya beremosi tak tentu hala walaupun adakalanya ada sedikit sebanyak tapi masih terkawal lagi, cerewat

My wishlist..

Imej
Sebenarnya banyak sangat wishlist saya yang sangat-sangat diharapkan untuk menjadi kenyataan suatu hari nanti. Di antaranya ialah dapat melancong ke tempat-tempat idaman saya iaitu Bora-Bora, Maldives, Holland, Spain, Italy, South Africa, Morocco dan Turki. Saya positif saya akan melancong ke tempat-tempat itu suatu hari nanti, in fact sepatutnya dah bole tour ke Europe tahun ini tapi memandangkan duit telah banyak dihabiskan untuk renovate rumah dan membeli perabot untuk rumah baru maka impian itu dianjakkan kepada tahun-tahun mendatang. Tetapi ada di antara wishlist saya itu dirasakan amat mustahil untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Kalau saya kaya macam Dato Siti Nurhaliza mungkin saya tak teragak-agak nak melaksanakan impian saya seperti di bawah ini... Menangis tengok harga handbag kat atas sekali tu. Walaupun harga second hand tapi hampir RM14K tu...berdarah hidung nak membayarnya..huhu!! Bilalah nak dapat pakai ni? Tunggu dapat jadi JUSA dululah kot baru