My wishlist..
Sebenarnya banyak sangat wishlist saya yang sangat-sangat diharapkan untuk menjadi kenyataan suatu hari nanti. Di antaranya ialah dapat melancong ke tempat-tempat idaman saya iaitu Bora-Bora, Maldives, Holland, Spain, Italy, South Africa, Morocco dan Turki. Saya positif saya akan melancong ke tempat-tempat itu suatu hari nanti, in fact sepatutnya dah bole tour ke Europe tahun ini tapi memandangkan duit telah banyak dihabiskan untuk renovate rumah dan membeli perabot untuk rumah baru maka impian itu dianjakkan kepada tahun-tahun mendatang.
Tetapi ada di antara wishlist saya itu dirasakan amat mustahil untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Kalau saya kaya macam Dato Siti Nurhaliza mungkin saya tak teragak-agak nak melaksanakan impian saya seperti di bawah ini...
Menangis tengok harga handbag kat atas sekali tu. Walaupun harga second hand tapi hampir RM14K tu...berdarah hidung nak membayarnya..huhu!! Bilalah nak dapat pakai ni? Tunggu dapat jadi JUSA dululah kot baru tak rasa ralat mengeluarkan duit simpanan membelinya. Mungkin selepas dapat menunaikan impian nak melancong ke tempat-tempat di atas barulah menabung untuk membeli handbag2 idaman saya ini..

Belum sanggup rasanya nak mengeluarkan duit simpanan untuk membeli sebuah beg yang harganya mampu membayar downpayment kereta baru atau melancong ke serata Europe..tapi saya yakin satu hari nanti bila dah tak banyak commitment dan wishlist untuk dilaksanakan, pasti saya dapatkan jua beg ini..malam tido pasti peluk beg sebab impian dah tertunai...hehehe...Tapi saya rasa beg yang nombor dua dan tiga tu pasti boleh dimiliki dalam masa yang tidak terlalu lama sebab harganya belum melangkaui gaji bulanan saya tapi apa- apa pun keutamaan untuk mendapatkan beg-beg ini belum mendesak fikiran saya yang masih waras daripada mengeluarkan wang simpanan untuk mendahulukan nafsu duniawi saya ini. Malam ni biar saya tidur dengan mimpi-mimpi indah dahulu walaupun realitinya masih belum tahu bilakah akan kunjung tiba..kalau hubby nak menghadiahkan satu hari nanti pasti saya terima dengan hati yang terbuka tapi saya rasa mendapatkannya dengan duit hasil penat lelah sendiri pasti lebih bererti..lagipun husband saya kata tak masuk dek akal mendapatkan satu beg dengan harga sedemikian rupa..makanya lambat lagilah wishlist ini akan tertunai..buat masa ni cukuplah sekadar berpuashati dengan koleksi handbag Coach saya..tetapi kalau dijual semua itu mampu juga buat beli beg idaman nombor dua tu..hehe..tapi takkan nak pakai yang itu jer, pasti boring nanti! Haishhhh..susahnya menjadi seorang wanita!! Betullah kata orang, perempuan ini nafsunya sembilan..betullah kot! Nafsu beli handbag, barang kemas (yang ni saya tak termasuk), pinggan mangkuk mahal (suka corelle jer), baju, kasut, perabot..bla bla bla..and the list will never end...
Ulasan
Catat Ulasan