Majlis bersama permaisuri yang jelita dan bijaksana

Sepanjang minggu lepas saya sangat sibuk dengan beberapa majlis rasmi yang perlu diuruskan. Bekerja di hospital berpakar yang besar dan merupakan pusat rawatan kanser wilayah Selatan menyebabkan hospital ini menjadi tumpuan untuk dilawati. Alhamdulillah DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah beserta anakandanya iaitu Tengku Temenggong Johor Y.A.M Tunku Idris dan Y.A.M. Tunku Tun Aminah berkenan berangkat ke hospital ini sempena Hari Sambutan Bulan Sabit Merah Sedunia 2014. Ini bukan lawatan kali pertama Tuanku ke hospital ini. Untuk tahun ini saja ini merupakan lawatan kali ke tiga tapi merupakan lawatan rasmi pertama. Tahun lepas DYMM Tuanku telah berkenan merasmikan Pediatric Palliative Care Service yang merupakan yang pertama diwujudkan di hospital kerajaan. Wad ini telah dihias dengan cantik sekali mengikut citarasa kanak-kanak dan nurse-nurse yang bertugas kat sini juga akan memakai aksesori seperti bunny, mini mouse dan sebagainya untuk menghiburkan kanak-kanak ini. Malah Dr. Bubble juga sering datang menghiburkan kanak-kanak ini.
PPC diwujudkan bagi membantu menyenangkan kehidupan kanak-kanak yang tiada harapan untuk sembuh. Pendek kata mereka sedang menunggu hari untuk dipanggil menghadap Illahi. Ramai juga yang saya kenal telah meninggal. Sedihnya hati mengenangkan mereka. DYMM merupakan patron kepada HOSPIS Malaysia dan PPC ini umpama projek kesayangannya. Hatinya sentiasa bersama kanak-kanak malang ini. Pihak hospital dengan bantuan pihak-pihak luar senantiasa berusaha memenuhi hajat kanak-kanak ini sebelum mereka menutup mata buat selama-lamanya. Ada yang nak Iphone, nak masuk Universal Studio, nak labtop dan macam-macam lagi dan Alhamdulillah kebanyakannya dapat dipenuhi. Biarlah kita bersusah payah demi mereka asalkan mereka gembira di saat-saat akhir kehidupan mereka. Setiap kali menyaksikan video PPC yang dihasilkan oleh pasukan produksi hospital saya, maka setiap kali itulah hati saya pasti tersentuh dan air mata pasti mengalir.
DYMM Tuanku seorang yang amat prihatin dengan nasib kanak-kanak di hospital malah tidak ragu-ragu menyumbangkan wang ringgit untuk membantu hospital dengan menyalurkan dana bagi membaiki sofa beds hospital yang digunakan ibu bapa yang menemankan anak-anak di hospital. Tuanku juga sangat praktikal dengan sentiasa bertitah agar layanan yang diberikan kepada tuanku ketika berangkat ke hospital tidak berlebih-lebihan dan jangan sampai mengganggu servis kepada rakyat. Keperibadian tuanku sangat terpuji dengan wajah yang sangat jelita walaupun telah berusia 50-an. Rakyat Johor sangat bertuah mempunyai tuanku sebagai permaisuri. Semoga Tuanku dan keluarganya sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris