Planning for Europe Spring Trip 2015

Assalamualaikum semua pembaca (errr..ada ker? ada kot..hehe)..dah lama juga tak update blog ni..lately agak busy dan mengalami migrain berpanjangan. Dah check tekanan darah Alhamdulillah tak ada darah tinggi. Sekarang tengah berurut di unit TCM di hospital saya bekerja. Alhamdulillah ok sikit selepas berurut..rasanya banyak sangat urat tegang. Kalau tak baik juga lepas ni maybe nak try akuapuntur atau bekam pulak...dan kalau tak baik juga saya nak buat full blood test pulak. Untung juga kerja di hospital ni..banyak kemudahan..hehehe..

Minggu ni juga ada produksi RTM datang ke Hospital untuk shooting drama 12 Episod berinspirasikan daripada kehidupan Dr Bubles yang selalu datang ke hospital untuk membantu dan menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser untuk tayangan bulan Ramadan ini. Sempatlah juga saya bergambar dengan Memey Suhaiza yang memegang watak utama dalam cerita tersebut. Karl Syafiq juga akan datang tak lama lagi untuk shooting scene yang melibatkannya. Kat bawah ni ada gambar saya dengan Memey..hehe..cantik dan lemah lembut saja orangnya..patutlah Norman Hakim boleh terpikat.





Baru-baru ni discuss dengan suami pasal nak realisasikan Europe trip yang saya idam-idamkan selama ini  pada tahun hadapan. InsyaAllah kami merancang nak ke UK (termasuk Wales dan Edinburgh, Scotland), Paris, Belgium (Brussels dan Brugge) dan Holland. Kebetulan ada kawan saya dan suami di Holland, Edinburgh, Scotland  dan Belgium. Senang sikit nak minta tips dan minta tumpang tidur..hehe...dan yang pastinya akan singgah di Manchester jua kerana itu adalah destinasi wajib suamiku yang merupakan die hard fan Manchester United Football Team. Kami merancang ke sana pada hujung bulan April kerana saya teringin sangat nak ke Keukenhof yang cuma dibuka pada bulan April dan Mei setiap tahun. Selain itu, teringin sangat nak ke Giethoorn sebab ada perkampungan unik yang tiada jalan raya tapi sebaliknya menggunakan jalan air. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni..hem..cantikkan?


Keukenhof..cantiknya bunga-bunga ni...mau giler cik Kiah bergambar nanti..hehe...

Giethoorn

Giethoorn

Stonehenge

Tempat cantik ni kat Wales...amazing kan?!



Ada yang bertanya kepada saya kenapa tak pergi lebih banyak negara..adui la mana nak sempat nak cover banyak negara dalam masa 14 hari? Takkan nak pi touch and go jer kot..hehe..tak best langsung sebab tak dapat menghayati keindahan alam dengan tenang tanpa perlu terburu-buru sangat. Next trip barulah saya cover area lain pulak seperti Austria, Switzerland, Italy dan Spain. Ingat sikit ker negara kat Europe tu! Kami merancang untuk sewa kereta untuk bergerak di dalam UK (sebab menggunakan pemanduan sebelah kanan macam Malaysia) dan kat negara-negara lain mungkin menggunakan train atau bas sahaja. Tengoklah yang mana convenient. Saya pun dah start tengok2 laman web airlines dan Skyscanner untuk cari tiket termurah dan juga menunggu promosi di Matta Fair. Siapa ada maklumat bolehlah maklumkan saya bila ada Matta Fair lagi untuk tahun ini. Doakan niat saya ini dipermudahkan..amin!






Ulasan

  1. Salam sis Muliati.sis da g ke trip ni? Boleh bg email?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..Belum pergi..nak gi next year..maybe around April and early May sebab nak gi Keukonhoff tu.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris