Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Kepentingan Insurans Perjalanan

Imej
Bila berlaku kehilangan pesawat MH370 barulah saya mengerti akan kepentingan insurans perjalanan. Sebelum ini bila setiap kali nak ke luar negara, KKM memang mewajibkan semua kakitangannya mengambil insurans sebelum kelulusan perjalanan ke luar negara atas urusan persendirian diberikan kelulusan. Untuk kakitangan kerajaan, sekali setahun insurans tersebut akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia manakala selebihnya perlu dibayar sendiri.    Dahulu selalu rasa tak puas hati terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membayar insurans untuk perjalanan kedua dan seterusnya. Sekarang baru rasa bersyukur kerana arahan strict dari pihak KKM itu akan menyenangkan waris-waris kita seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selain itu, insurans itu juga cover untuk flight delay, personal death, accident, warded dan sebagainya.  Jumlah yang kita perlu bayar pun berbeza mengikut kumpulan negara. Ada yang murah dan yang paling mahal pun dalam RM50++. Oleh itu, marilah kita semua prihatin

Kenangan di Yokohama dan Odaiba, Japan

Imej
Tiba-tiba teringat kenangan bercuti kat Jepun pada Mac 2012 yang lalu..maklumlah sekarang kan tengah cuti sekolah, bila tengok kawan-kawan bawa anak ke Disneyland Hong Kong lah, Japan lah..terus teringat kenangan ke sana. Saya sangat sukakan cuaca sejuk. Rasa best saja masuk Disneyland sebab walaupun ada matahari tapi cuaca sejuk..nak berjalan pun tak rasa letih. Disebabkan mudah migrain, saya kurang berminat nak pergi tempat-tempat permainan seperti Legoland, Lost Word of Tambun dan sebagainya. Padahal Legoland tu dekat sangat dengan rumah saya cuma ambik masa tak sampai setengah jam untuk sampai ke sana. Hubby dah masuk dengan keluarganya 3 hari lepas tapi saya tak ikut sebab ada kursus yang dah lama saya tunggu. Walaupun dah bergelar pegawai kanan saya tak malu untuk bercampur dengan kumpulan sokongan atau Gred yang lebih rendah kerana tak pernah ada istilah malu untuk mendapatkan ilmu. Prinsip saya senang, kalau tak tahu belajar dan belajarlah daripada sesiapa saja hatta dengan ke

Phnom Penh..last day

Imej
Kami kembali semula ke Phnom Penh selepas berada di Siem Reap selama 2 hari satu malam dengan menaiki van juga. Tapi kali ini kami tak lagi menaiki van yang sama sewaktu ke sana..sudah taubat tak nak ambik company tu...risau nyawa melayang dengan attitude driver yang macam itu. Kami check in di Diamond Hotel..saya pilih bilik deluxe. Memang besarlah bilik ni siap ada dua katil besar..ha..apa lagi ambik lah sorang satu katil golek puas-puas..hehe..The main reason kenapa saya pilih hotel ni sebab jaraknya ke Central Market (Pasar Thmey) sangatlah dekat. Jalan kaki pun tak sampai lima minit dan yang pentingnya ada KFC kat sebelah hotel..halal ok! Senang nak melantak..tengok badanlah kan :-)   Esoknya awal-awal pagi dah keluar ke Pasar Thmey..masa yang ditunggu-tunggu telah tiba untuk menghabiskan segala peruntukan untuk shopping yang dibawa. Membeli tak hengat punya siap balik hotel hantar barang yang dibeli then keluar semula. Setiap kali saya melancong mesti saya beli barang2 l