Phnom Penh..last day

Kami kembali semula ke Phnom Penh selepas berada di Siem Reap selama 2 hari satu malam dengan menaiki van juga. Tapi kali ini kami tak lagi menaiki van yang sama sewaktu ke sana..sudah taubat tak nak ambik company tu...risau nyawa melayang dengan attitude driver yang macam itu. Kami check in di Diamond Hotel..saya pilih bilik deluxe. Memang besarlah bilik ni siap ada dua katil besar..ha..apa lagi ambik lah sorang satu katil golek puas-puas..hehe..The main reason kenapa saya pilih hotel ni sebab jaraknya ke Central Market (Pasar Thmey) sangatlah dekat. Jalan kaki pun tak sampai lima minit dan yang pentingnya ada KFC kat sebelah hotel..halal ok! Senang nak melantak..tengok badanlah kan :-)

 

Esoknya awal-awal pagi dah keluar ke Pasar Thmey..masa yang ditunggu-tunggu telah tiba untuk menghabiskan segala peruntukan untuk shopping yang dibawa. Membeli tak hengat punya siap balik hotel hantar barang yang dibeli then keluar semula. Setiap kali saya melancong mesti saya beli barang2 lebih terutamanya kain kerana nanti kat office staf2 dan colleagues buat muka kesian suruh jual kat mereka. So, dapatlah untung sikit boleh cover duit makan minum semasa melancong. Kain sutera Kemboja agak cantik-cantik, rambang juga biji mata saya dan hubby. Hubby siap beli neck tie 100% silk sampai tiga. Saya pun tumpang sama beli untuk adik ipar, bos, pegawai-pegawai lelaki bawah saya (tanda terima kasih kerana selalu suruh mereka buat kerja dan tanpa banyak soal mereka menerima arahan dengan baik). Mana tak belinya cuma USD3 satu..mak aihh..murah bebenor kalau kat Malaysia paling cikai pun macam tu, mahu RM70 ke atas. Bagi yang suka barang kemas mesti suka ke sini..nasib hubby saya baik sebab saya tak minat barang kemas..rantai tangan akad nikah dia bagi pun dok simpan jer dalam laci..hehe..Selain tu, nasib kami baik kerana Atok tokey restoren De Nyonya Penang sudi tolong tawar-menawar bagi pihak kami.


Uihh..buntang biji mata!


Nampak tak keghairahan melampau bila dapat membeli-belah?

Central market (Pasar Thmey)

Geramnya tengok lobster dan seafood fresh ni..

Petangnya kami meronda ke seluruh bandar dengan menaiki tuktuk yang dipanggil oleh Atok. Kami naik bot sekitar Sungai Mekong, melawat Pagoda, Independence Monument, Istana dan beberapa tempat lagi. Sedih rasa hati melihat Muslim Champa tinggal dalam bot (atau lebih tepat sampan). Satu family satu bot..bayangkan memasak, makan, tidur, sembahyang semuanya kat dalam tu. Tak tahu lah dimana mereka mendapatkan bekalan air bersih. Insaf sangat rasanya melihat keadaan ini. Kunjungan saya ke Cambodia benar-benar membuka mata saya untuk melihat kehidupan daripada sudut yang berbeza. Ketabahan mereka menjalani kehidupan sangat saya respect. Dengan petrol yang berharga hampir RM4 seliter di sana, saya rasa kita sebagai rakyat Malaysia perlu lebih bersyukur dan menghargai nikmat Allah yang telah kita kecapi selama ini. Petang tu kami habiskan duit Dollar yang masih berbaki dengan melantak KFC kat sebelah hotel sebab esok pagi dalam pukul 11.20 dah naik flight balik ke Malaysia. Rasa bangga sangat dengan tanahair sendiri bila sampai di bumi yang bertuah ini. 

 

Suami saya sempat juga berkenalan dengan seorang pemuda asal Cambodia yang nak ke Malaysia atas tuntutan kerja. Dia Muslim dan pernah tinggal serta belajar di IKIP. Neneknya dulu adalah pelarian perang dan meninggal dunia di Malaysia. Dia menceritakan betapa frustnya dia bila degree engineeringnya tak laku di Cambodia..malahan sekarang dia bekerja dengan company Malaysia yang invest di sana. Susah nak dapat kerja katanya. Gaji pun rendah. Malahan sangat rendah. Gaji pegawai kerajaan kalau macam Gred 41 kat Malaysia cuma around USD100-USD150 sahaja..gaji doktor pun lebih kurang begitu. Hubby saya sempat ambil nombor telefon pemuda tersebut..ada business baik punya katanya! Sempat juga dia nampak peluang business bila bersembang dengan that guy! Saya seperti biasa sibuk makan dan asyik minta tambahan air dari stewardess..hehe dan sibuk nak inflight shopping tapi barang yang saya minta tiada stok kata steward handsome tu..arghhh, kecewanya!



Bayar USD20, satu bot itu kami berdua yang punya :-)

Berangan konon-konon naik Titanic lah tu!

Sedihnya tengok kehidupan Muslim Champ dalam bot kecil.

Orang miskin tanam kangkung tepi sungai dan kemudian jual kat pasar

Istana




Independence monument


With our tuktuk driver






Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris