Day 2 & 3 Cambodia Trip, Siem Reap..the magnificient Angkor Wat

Hari ke dua saya dan suami menaiki van untuk ke Siem Reap. Hotel yang kami tinggal di Phnom Penh iaitu Pillar Hotel sangat berdekatan dengan syarikat van yang kami naiki. Jangan risau bila ke sana, anda boleh minta tolong pihak hotel untuk book tiket van untuk anda. Van yang kami naiki disediakan dengan air mineral 2 botol setiap orang dan diberi bantal leher. Kapasiti penumpang adalah lebih kurang 14 orang. Perjalanan dengan van lebih menjimatkan masa iaitu lebih kurang 6 jam berbanding bas iaitu sekitar 9-10 jam. Jalanrayanya yang teruk dan berdebu tak memungkinkan perjalanan berjarak lebih kurang 300KM untuk sampai lebih cepat daripada itu. Sepanjang perjalanan saya tak berhenti-henti mengurut dada kerana driver van tu bawa macam pelesit..speeding gila laju padahal jalan berlubang-lubang..terhentak tu jangan ceritalah sampai rasa nak terpelanting pun ada. Saya beberapa kali tergigit lidah sendiri ketika terlelap kerana hentakan yang sangat kuat. Taubat rasa tak nak tidur dah! Ngeri sangat bimbang tak dapat jumpa mak bapak lagi..huhuhu!!


Pemandu tuktuk kami di Siem Reap bernama Salim. Beliau memang seorang pemandu pelancong yang sangat bagus. Sentiasa membelikan kami pelbagai jenis makanan Kemboja tanpa diminta sebab katanya nak kami rasa semua makanan Kemboja yang popular. Bila kami nak bayar katanya nantilah..tak payah fikir sekarang, makan saja dulu. Dia juga sentiasa membawa bekalan air mineral sejuk untuk kami minum bila haus. Bahasa Melayunya juga agak lancar dan bagus berbanding Hassan pemandu tuktuk kami di Phnom Penh yang sentiasa sesat dan tak tahu jalan tu..


Apabila sampai ke Siem Reap, kami terus check in di Royal Crown Hotel & Spa. Hotel ni best juga sebab ada dua swimming pool dan perkhidmatan spa yang affordable dan selesa. Hotel ni bertaraf lebih kurang 3 setengah bintang ke empat bintang. The main reason why I chose this hotel was because its strategic location. Jalan kaki tak sampai lima minit dah sampai Ke Siem Reap night market dan Siem Reap Art Center serta pub & restaurant area serta kedai-kedai jual pakaian.

Petang tu selepas check in hotel, kami terus ke Cambodia Cultural Village. Best jugak tempat ni..banyak sangat cultural show tapi kami cuma tengok tiga sahaja, tak larat nak tengok sampai malam. Sebelum keluar malam tu kami pergi buat spa dulu kat hotel spa..memang best..harga cuma USD17 seorang untuk the whole body.


Esoknya kami keluar seawal 5.30 pagi untuk ke Angkor Wat kerana menurut Salim, pemandangan sewaktu matahari terbit sangat cantik. Angkor Wat memang sangat cantik dan senibinanya yang halus memang mengkagumkan. Angkor Wat sangat luas..banyak sangat temple dan jaraknya jauh di antara satu sama lain. Memang kena naik tuktuk. Salim setia menunggu kami dan siap belikan kami nasi ayam untuk makan pagi tu sebab tak sempat nak breakfast kat hotel. Kami cuma melawat ke 4 temple..tak larat nak pergi banyak-banyak. Yang last sekali kami pergi ke temple dimana Angelina Jolie shoot untuk filem Tomb Rider. Kat situ nak ambil gambar kena cepat sebab ramai yang beratur tunggu turn..hehe...


Kat sini ramai penjaja jual buku, fridge magnet dan sebagainya. Kena pandai tawar-menawar..buku yang konon-kononnya berharga lebih USD30 boleh dapat dengan harga USD5 sahaja. Begitu juga di Night Market..kena letak harga betul-betul rendah then bargain sampai dapat. Kami tak shopping sangat di Siem Reap kerana harga agak mahal di sini berbanding dengan di Phnom Penh..save duit untuk shopping di Pasar Thmey (central market) di Phnom Penh nanti. Tapi saya tak melepaskan peluang membeli lukisan di sini..setiap negara saya pergi yang mana harga lukisan tidak terlalu mahal maka saya akan beli.





Pemandangan waktu Subuh




Hubby with Salim














Tempat shooting filem Tomb Rider


At Cambodia Cultural Village














Night market










Ulasan

  1. tq for sharing...so van dr siem reap ke phnom phen or sebaliknya mmg dapatkan dkat hotel je pon bole eh kak?? xpayah book awal2 dr sni?? tq

    BalasPadam
  2. macam mana nak contact salim ni? almost blogger mention him. please reply to my email syukchen@gmail.com

    BalasPadam
  3. salam kak. Boleh bagitahu saya no salim? Saya akan ke siem reap bulan 4 ini. Harap sangat2 akak reply. email saya natashazishak@gmail.com

    BalasPadam
  4. Salam...

    Saya ke Phnom Penh/Siem Reap Sch hldy Mac ni. Guna Salim juga.
    salim +855 98571840

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris