Memperingati MH370


Sekadar hiasan..saya menaiki pesawat ini untuk ke Cambodia bulan lepas

Hari ini entah kenapa hati saya berasa sangat sayu. Mungkin saya terlalu meletakkan diri di kalangan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam peristiwa MH 370. Saya terfikir bagaimanakah reaksi saya sekiranya perkara ini terjadi kepada diri saya? Adakah saya akan meraung seperti keluarga-kelurga  mangsa dari China ataupun saya akan redha dan menerima takdir Allah dengan hati yang tabah seperti keluarga-keluarga mangsa yang beragama Islam lakukan sekarang?  Apapun reaksi mereka, siapalah saya untuk menilai dan menyatakan pada dunia bahawa inilah cara terbaik untuk menerima takdir Tuhan. Setiap manusia berbeza mengikut suku kaum, etnik, agama, kepercayaan dan adat. Oleh itu, cara penerimaan jua berbeza-beza apatah lagi di China, kerajaannya mengamalkan dasar satu keluarga satu anak. Jadi, manalah mereka tidak sedih jika kehilangan satu-satunya anak yang mereka bayangkan akan menjaga mereka di hari tua nanti. Oleh itu, janganlah lokek untuk kita menyatakan perasaan sayang pada anak kita, pasangan kita, ibu bapa kita, dan ahli keluarga yang lain selagi berpeluang kerana kita tak akan pernah tahu bilakah orang yang kita sayang akan dijemput pulang oleh Penciptanya.

Tersentuh hati bila suami balik semalam dan menyatakan betapa sayangnya dia kepada saya setelah membaca luahan isteri salah seorang krew yang berada dalam pesawat MH370. Dia cakap tak nak kahwin lain kalau saya mati..hehe..tapi saya membantah, jangan buat roh saya lagi sedih melihat abang bersedih dan keseorangan..Cuma janganlah cepat sangat, tunggulah pokok kat kubur besar dulu dan make sure pengganti saya tu tak cat rumah saya warna biru, nanti saya jadi hantu cakar-cakar dinding sebab saya sangat tak suka rumah dicat dengan warna biru...hehehe!!  Dia jawab, tengoklah macam mana..kalau kahwin pun mungkin selepas 10 tahun atau tak kawin langsung..alala..comelnya bila my teddy bear cakap gitu..terharu sekejap walaupun dalam hati antara percaya dengan tidak :-) ampun suamiku!

Saya terkesan dengan peristiwa ini seperti mana warga dunia yang lain tapi hati saya lebih terkesan dan sedih bila membaca fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh CNN dan media barat yang lain, keyboard warrior melalui pelbagai media sosial dan juga manusia-manusia yang tiada hati dan perasaan. Perlu apa dibandingkan reaksi siapa yang lebih baik menerima berita sedih ini dan agama siapa yang lebih baik dalam mencorakkan reaksi para ahli keluarga menerima berita yang mereka tidak akan bersua lagi di bumi nan fana ini dengan ahli keluarga yang berada dalam pesawat MH370. Tolonglah, jangan libatkan racism dalam perkara ini dan please stop comparing for God sake! Menyampah betul saya baca kenyataan manusia-manusia tidak berakal ini. Perlu apa semua yang difikirkan di kepala diterjemahkan dalam tulisan dan gambar-gambar yang menyakitkan hati melalui media sosial. Fitnah semakin berleluasa dengan hanya klik butang share di FB, Twitter dan sebagainya. Orang yang tiada difitnah sedangkan dia tiada untuk membela diri. Manusia pada zaman ini makin terhakis sifat kemanusiaan dalam diri akibat kebebasan bersuara yang melampau.

Begitu ramai jua yang mengaku pandai dalam segala segi. Tiba-tiba jadi pakar dalam satu malam. Yang tak pakar juga mengaku pakar..kerjanya asyik condemn orang lain. Kamu fikir kerajaan Malaysia senang dengan berita sedih ini? Kamu fikir Dato Seri Najib, Dato Seri Hishamuddin, CEO MAS, KP DCA semua tiada perasaan dengan cuba menyembunyikan fakta dan tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Come on lah, mereka bukan berpeluk tubuh malah bekerja keras siang dan malam bagi menjayakan misi mencari dan menyelamat ini. Malah ramai lagi yang dibekukan cuti dan meninggalkan anak isteri berminggu-minggu semata-mata untuk mencari mangsa-mangsa nahas dan juga pesawat terbabit. Cubalah kita belajar menjadi manusia yang penyabar, memahami, berfikiran positif dan matang dalam menghadapi saat-saat getir ini. Kuasa Allah lebih besar dari segala-galanya di dunia ini. Tiada apa yang mustahil, kerana jika kita beriman dengannya maka percayalah tiada apa yang lebih baik melainkan kita percaya dengan qada dan qadar serta setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kepada semua ahli keluarga mangsa-mangsa pesawat MH370, saya doakan supaya anda semua terus tabah dan redha dalam menerima takdir Allah ini dan doakan ahli keluarga anda yang tersayang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris