Kenangan di Yokohama dan Odaiba, Japan

Tiba-tiba teringat kenangan bercuti kat Jepun pada Mac 2012 yang lalu..maklumlah sekarang kan tengah cuti sekolah, bila tengok kawan-kawan bawa anak ke Disneyland Hong Kong lah, Japan lah..terus teringat kenangan ke sana. Saya sangat sukakan cuaca sejuk. Rasa best saja masuk Disneyland sebab walaupun ada matahari tapi cuaca sejuk..nak berjalan pun tak rasa letih. Disebabkan mudah migrain, saya kurang berminat nak pergi tempat-tempat permainan seperti Legoland, Lost Word of Tambun dan sebagainya. Padahal Legoland tu dekat sangat dengan rumah saya cuma ambik masa tak sampai setengah jam untuk sampai ke sana. Hubby dah masuk dengan keluarganya 3 hari lepas tapi saya tak ikut sebab ada kursus yang dah lama saya tunggu. Walaupun dah bergelar pegawai kanan saya tak malu untuk bercampur dengan kumpulan sokongan atau Gred yang lebih rendah kerana tak pernah ada istilah malu untuk mendapatkan ilmu. Prinsip saya senang, kalau tak tahu belajar dan belajarlah daripada sesiapa saja hatta dengan kerani Gred N17 sekalipun. Buat apa nak jadi bodoh sombongkan? Tak baik untuk perkembangan sahsiah diri. Berbalik pada cerita tadi (suka sangat terkeluar tajuk kan?), saya cuma pernah ke Sunway Lagoon dan AFamosa Resort tu jer..

 

Bulan depan InsyaAllah nak ke Pulau Perhentian sebab dah lama tak pergi beach vacation. Plan asalnya nak ke Koh Samui tapi bila mengenangkan masa saya menempah hotel ni keadaan di Bangkok masih kacau-bilau maka saya tangguhkan hasrat saya itu. Saya cakap kat hubby lepas ni every year kita kena pergi satu pulau di Malaysia. Hubby terus angguk kepala tanda setuju..almaklumlah peminat tegar snorkling..saya jer yang penakut, tak yakin diri nak join snorkling. Bila orang semua snorkling saya duduklah termangu-mangu atas bot sambil cerai-ceraikan roti bagi ikan makan...huhu!! sobsobsob!! Bilalah keyakinan diri akan muncul ni padahal masa kursus OBS dulu kat Lumut zaman DPA dedulu dah diajar semua tu..siap dah diajar cara selamatkan diri dalam laut lagi dan masa modul Bomba siap diajar diving lagi. Masa tu bila terpaksa boleh pulak buat..hehe..

 

Lepas balik Perhentian nak singgah KL nak ambik parents dan adikku yang tengah cuti bersalin tiga bulan dan anak-anaknya untuk ke rumahku di JB sebab nak bawa diaorang ke Legoland. Bila dengar hubby cerita tentang betapa panasnya keadaan dalam tu, saya dah terbayangkan ubat migrain dan ponstan..huhu!!

 

Setiap tahun wajib bagi saya untuk bawa parents saya melancong (maklumlah nak cuba jadi anak yang baik) Tahun lepas ke Medan, 2012 ke Jepun, 2011 ke Ho Chi Minh, 2010 ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 2009 ke Singapore dan sebelum tu Langkawi dan Kuantan. So, tahun ni bawa ke Legoland. Hujung tahun atau awal 2014 InsyaAllah nak buat umrah.

 

Mari nikmati beberapa cebisan kenangan di Yokohama dan Odaiba. Saya suka sangat Odaiba ni sebab tepi laut dan banyak shopping complex serta ada Mega Web iaitu tempat pameran kereta Toyota..semua keluaran kereta Toyota dari zaman dulu sampai sekarang ada dipamerkan. Malah ada yang tak pernah masuk Malaysia pun. Kat sini juga ada robot besar Gundam dan banyak lagi benda-benda pelik boleh jumpa kat sini. Kat sini juga saya beli banyak barang Sisheido walaupun tak lah murah mana pun.

 

Bawah ni semua gambar kat Odaiba

Odaiba

Odaiba







At Mega Web


Kereta idaman saya ni..bila boleh dapat?



Poyo ehhh!!




Romantik tu :-)

Cantik kan hiasan di kedai ni?

 Bawah ni gambar kat Yokohama pulak..hehe..



orang Jepun memang kreatif kan?

Tulip..cantiknya..









Pernah tengok eskelator berpusing macam ni kat Malaysia?

Hard Rock Cafe Yokohama










 Yang kat bawah ni semua kat Roponggi Hills, Tokyo



Cantik bunga ni..tapi tak tahu namanya.

Bersih giler kan kat sana?

Errr..gambar ni kat Yokohama..silap letak pulak!





Hard Rock Cafe Tokyo



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris