Kepentingan Insurans Perjalanan

Bila berlaku kehilangan pesawat MH370 barulah saya mengerti akan kepentingan insurans perjalanan. Sebelum ini bila setiap kali nak ke luar negara, KKM memang mewajibkan semua kakitangannya mengambil insurans sebelum kelulusan perjalanan ke luar negara atas urusan persendirian diberikan kelulusan. Untuk kakitangan kerajaan, sekali setahun insurans tersebut akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia manakala selebihnya perlu dibayar sendiri. 

 

Dahulu selalu rasa tak puas hati terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membayar insurans untuk perjalanan kedua dan seterusnya. Sekarang baru rasa bersyukur kerana arahan strict dari pihak KKM itu akan menyenangkan waris-waris kita seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selain itu, insurans itu juga cover untuk flight delay, personal death, accident, warded dan sebagainya. Jumlah yang kita perlu bayar pun berbeza mengikut kumpulan negara. Ada yang murah dan yang paling mahal pun dalam RM50++. Oleh itu, marilah kita semua prihatin selepas ini dan mengambil insurans setiap kali mahu ke luar negara. Barulah hati berasa tenang untuk bercuti.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris