Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

UMRAH - A BLESSED JOURNEY TO PURIFY OUR SOUL

Imej
Assalamualaikum semua, Sudah lama sangat rasanya tak update blog ini. Bukan tidak sudi tetapi masa amat mencemburui saya. Susahnya hendak mencari masa terluang untuk jenguk ke blog ini. Alhamdulillah, saya beserta suami, ibu bapa saya, ibu bapa mertua dan mak cik suami saya telah selesai mengerjakan umrah tanpa halangan-halangan besar semasa di sana. Kami ke sana pada 17 November 2017 dan pulang ke tanahair pada 28 November 2017 dengan menaiki Saudi Airlines. Kapalterbang Saudi Airlines agak selesa terutamanya space untuk kaki yang lebih luas. Namun begitu, saya agak sukar untuk menelan makanan yang disediakan dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Saya seorang penggemar makanan malahan tiada makanan halal yang saya tidak makan..semuanya saya cuba..makanan Jepun, Cina, Indonesia, Vietnam, Barat you name it ..semuanya saya cuba. Tapi rasa pelik betul makanan dalam flight balik tu..Nasib baik ada roti, salad dan buah-buahan..maka tak adalah saya kebulur. Rom