UMRAH - A BLESSED JOURNEY TO PURIFY OUR SOUL


Assalamualaikum semua,
Sudah lama sangat rasanya tak update blog ini. Bukan tidak sudi tetapi masa amat mencemburui saya. Susahnya hendak mencari masa terluang untuk jenguk ke blog ini. Alhamdulillah, saya beserta suami, ibu bapa saya, ibu bapa mertua dan mak cik suami saya telah selesai mengerjakan umrah tanpa halangan-halangan besar semasa di sana. Kami ke sana pada 17 November 2017 dan pulang ke tanahair pada 28 November 2017 dengan menaiki Saudi Airlines. Kapalterbang Saudi Airlines agak selesa terutamanya space untuk kaki yang lebih luas. Namun begitu, saya agak sukar untuk menelan makanan yang disediakan dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Saya seorang penggemar makanan malahan tiada makanan halal yang saya tidak makan..semuanya saya cuba..makanan Jepun, Cina, Indonesia, Vietnam, Barat you name it..semuanya saya cuba. Tapi rasa pelik betul makanan dalam flight balik tu..Nasib baik ada roti, salad dan buah-buahan..maka tak adalah saya kebulur.





Rombongan kami seramai 7 orang





Hotel kami yang agak berdekatan dengan Masjid Nabawi menyebabkan kami berkesempatan bersolat fardhu di masjid hampir kebanyakan waktu. Masjid Nabawi sangat cantik dan luas. Walaubagaimanapun taklah susah nak ingat jalan keluar kerana setiap gate ditandakan dengan nombor. So, pesan je kat 3 stooges tu (hubby, bapa dan abah mertua) kat gate mana nak jumpa tapi kadangkala tak jumpa juga pasal mereka suka ikut kepala sendiri kekadang tu. Kita punyalah lama tunggu mereka rupa-rupanya diaorang dah siap balik breakfast kat hotel. Memang geram nasib baiklah mengingatkan tengah umrah maka tekanan darah tu turun semula..hehehe..





Ruangan dalam masjid nabawi yang sangat cantik


Subuh pertama di masjid nabawi...syahdu

Saya bersama ibu, ibu mertua dan makcik

Selepas melawat dan berdoa di Raudhah.

Seronoknya dapat menunaikan umrah bersama cinta-cinta hati saya ini

Bersama seorang lagi cinta hati saya
Masjid Quba..di sekitar masjid ada jual kurma segar yang sangat sedap rasanya
Di Masjid Quba


Jabal Uhud





Ladang Kurma, Madinah


Kami antara yang terawal ke pasar kurma pagi itu..dapat harga pengenalan yang agak murah








Saya dan suami membeli simcard mobily bagi memudahkan keluarga di Malaysia menghubungi kami melalui whatsapp dan whatsapp call. Untuk simcard mobily ini, hanya data plan sahaja yang kami beli tak termasuk call. Saya membayar 30 riyal rasanya untuk dapatkan simcard dan data plan sebanyak 2 gig.



Kami bershopping agak banyak di Madinah terutamanya kurma dan jubah berbanding di Mekah. Cuaca yang kering di sana membuatkan saya selsema sejak hari ketiga di sana walaupun saya mengambil vitamin C setiap hari. Pada hari terakhir kami di Madinah, hujan telah turun dengan lebatnya dan mengiringi perjalanan kami sampai ke Mekah dan hujan hanya berhenti setelah kami menyelesaikan umrah pertama pada pukul 3.15 pagi. Walaubagaimanapun bagi penduduk di sana hujan adalah rahmat memandangkan hujan hanya turun 4 ke 5 kali sahaja dalam setahun. Hari kedua di Mekah saya telah mulai batuk dan makin teruk sampailah sebulan lebih barulah sembuh sepenuhnya. Cuaca di bulan 11 tu tidaklah terlalu sejuk tapi nyaman sahaja. Tak perlu bawa baju sejuk pun sebenarnya. Buat penat bawa jer..hehehe..


Di Mekah pula keadaan agak sukar untuk melaksanakan tawaf di bahagian bawah di mana terletaknya kaabah kerana kerja-kerja renovation sedang dijalankan di situ. Kawasan tawaf menjadi sempit dan peel jemaah haji negara lain seperti dari Indonesia yang berkelakuan pelik seperti membuat rantaian dan merempuh apa sahaja di hadapan sehingga kita tertolak ke tepi amat menggugat kesabaran. Ada juga jemaah yang suka berhenti lama apabila selesai setiap pusingan juga menyebabkan keadaan bertambah sesak. Tips dari saya kalau tidak larat nak jalan simpan duit untuk naik scooter untuk tawaf dan juga saie. Sekali naik 50 riyal. Tapi kalau nak naik untuk tawaf dan juga saie maka sediakanlah 100 riyal. Cepat dan tak penat. Saya gunakan juga scooter ni untuk saie untuk umrah ketiga sebab masa tu tenaga dah kurang dan badan sakit-sakit selepas selesai dua umrah sebelumnya. Tapi yang bestnya bila balik Malaysia rasa senang nak pakai jeans sebab peha mengecil sedikit...hehehe..Sepanjang di sana kami lebih suka saie di tingkat atas yang lebih selesa kerana tak ramai orang, lantai yang rata dan aircond yang lebih sejuk berbanding di bahagian bawah yang sangat sesak dengan para jemaah lain.




Kaabah yang tersergam indah

My first love



Tempat saie di bahagian atas yang lebih selesa

Hari kedua di Mekah.

 












Selain itu, dinasihatkan tidak perlulah pergi ke ladang unta dan minum susu unta yang tidak dipasturkan...Wabak Merscov is real ok! Masih ada kes dilaporkan dari masa ke masa di KKM . Kat Johor pun masih ada kes dilaporkan. Unta tu tengok dari jauh jer dah cukup atau kalau tak puas sangat tengok unta, balik Malaysia pergi zoo negara confirm boleh tengok puas-puas.



At Jabal Rahmah



Kami juga sempat berkunjung ke Restoren D'Saji (lebih kepada food court) yang terletak di bangunan Al-Safwa kerana jemputan kawan seuniversiti saya dahulu. Suaminya bertugas sebagai CEO Felda Ventures untuk cawangan Arab Saudi, so Restoren D'Saji ini juga salah satu di bawah seliaan beliau. Kami menyambut birthday ibu mertua saya di situ dan kawan saya turut membawa kek coklat buatan local yang sangat sedap dan creamy rasanya. Kami makan makanan Malaysia seperti nasi goreng, teh tarik dan roti canai beserta makanan-makanan lain serta pizza yang dibawa oleh sahabat saya itu. Saya tidak terlalu menikmati makanan kerana teruja dapat berjumpa dengan sahabat yang akhir sekali jumpa pada sekitar tahun 2002 itu. Siapa sangka setelah 15 tahun tak jumpa pertemuan kami berlaku di Tanah Suci. Dia telah menetap di Mekah hampir 3 tahun rasanya...sebelum itu dia berjauhan dengan suaminya selama 9 tahun. Banyak juga yang kami bualkan especially berkaitan pengalamannya tinggal di sana. Kata dia harga barang di sana agak mahal..bayangkan setin susu pekat berharga RM8...mana la nak boleh jual teh tarik dengan harga murah kalau dah harga susu pekat pun sebegitu mahal. So, syukurlah at least harga barangan makanan asas di Malaysia masih agak murah berbanding di sana.






Sahabatku Hajah Norwina


Makanan yang perlu dicuba di sana ialah Restoren Al Baik yang menyediakan ayam goreng yang popular tu di samping makanan-makanan lain dan setiap pembelian akan diberikan beberapa keping roti Arab yang sangat besar saiznya secara percuma, ice cream local yang sangat yummy dan juga air tebunya yang rasa lebih sedap daripada air tebu di Malaysia. Harga makanan di Restoren Al Baik sangat reasonable berbanding kedai-kedai makanan yang lain dan sila ambil perhatian kebanyakan kedai makan hanya menjual makanan tanpa ada menyediakan kerusi dan meja makan. McDonalds kat Mekah harganya agak mahal berbanding Malaysia tetapi tiada ayam goreng dijual dan cup airnya sangat besar berbanding Malaysia. Kebab kat sana saya kurang suka, rasanya sedap lagi kebab di restoren Arab yang saya makan di Melbourne, Brussels dan di The Hague.  Kami juga sempat melawat museum the exhibitions of two holy mosques Architecture dengan bayaran tambahan.


Antara Ice ream sedap yang saya makan di sana..dalam gambar ni kat Jabal Uhud

Air tebu sedap di Mekah

Restoren fast food Al-Baik
Model botak Al-Baik



Makan McD kat Al-Safwa Tower sambil menikmati pemandangan masjidil haram


Melawat museum


Gambar senget..hahaha..



Ibu mertua saya yang paling gembira apabila kami selesai tawaf untuk umrah wajib. Beliau sebak dan mengalirkan air mata apabila merenung kaabah yang berada di hadapan matanya. Saya faham itulah yang amat dihajatinya iaitu datang ke Mekah untuk berdoa agar Allah jauhkan terus penyakit Cancer Payudara yang dihidapinya sejak tahun 2015 yang lampau...Alhamdulillah buat masa ini sel kanser belum recurrence sejak beliau tamat semua rawatan berkaitan pada hujung tahun 2016 yang lalu. Semoga penyakit itu tidak lagi hadir dalam hidupnya, amin!



Hari terakhir di sana


Ternyata, perjalanan umrah kami tidak sesukar yang dijangka. Walaupun ada halangan-halangan kecil namun yang gembiranya kami dapat selesaikan tiga kali ibadah umrah manakala makcik suami dapat menyempurnakan sebanyak empat kali umrah. Cuma bagi yang cerewet silalah bersabar dan bertahan dengan sikap pengotor jemaah-jemaah dari negara lain dan airport Jeddah yang sangat kecil dan crowded sampai nak beratur masuk ke gate perlepasan pun susah dek kerana para jemaah yang tidak dapat kerusi tidur bergelimpangan di lantai. Selain itu silalah bertabah dengan toiletnya yang hanya ada satu di level perlepasan. Ada jemaah yang tak tahu guna flush, malah sampai najis besar keluar sehingga ke ruang sinki luar tempat membasuh tangan...ewww!! Dengan crowdednya toilet tu! Itulah pengalaman paling jijik sepanjang saya berada di sana. 


Sebenarnya ada satu lagi terminal baru yang ada di airport Jeddah itu namun hanya dibuka pada musim haji. Pelik rasanya buat terminal lawa-lawa tetapi hanya di buka pada musim haji sahaja sedangkan umrah musim sejuk menerima kemasukan jemaah yang sangat tinggi malah melebihi ketika musim haji rasanya. Kerajaan Arab Saudi perlu menitikberatkan perkara ini kerana airport adalah pintu masuk pertama ke sesebuah negara. Jadi imej itu perlu dipertingkatkan dan dijaga rapi. Nasib baik Airport Madinah agak selesa dan cantik walaupun tidaklah secantik KLIA ataupun KLIA2.


Walaubagaimanapun pengalaman kita di sana, saya pasti hati kita tetap akan rindu untuk ke sana lagi. Cuma kalau pergi lagi kali ini saya akan pastikan jarak hotel lebih dekat supaya ibadah saya lebih sempurna kerana kurang letih berbanding berjalan jauh dan saya juga akan pastikan saya ambil syarikat umrah yang lain yang lebih fokus kepada para jemaahnya. 





Jumpa lagi next time untuk review saya di beberapa hotel menarik yang saya menginap baru-baru ini dan juga perjalanan saya ke Switzerland, Germany, Austria dan Italy pada penghujung April ini...dah tak sabar rasanya kaki ini untuk mengembara lagi. Till then..bye bye!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris