Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Family Gathering at Tasik Beris, Kedah

Imej
  Assalamualaikum semua pembaca sekalian..   Kali ini saya nak bercerita tentang percutian saya pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu bersama keluarga di Tasik Beris yang terletak di dalam Daerah Sik, Kedah. Percutian keluarga kali ini dimeriahkan oleh kesemua adik-beradik mak yang masih hidup. Mak saya mempunyai 8 orang adik-beradik namun yang masih hidup cuma seramai empat orang termasuk mak saya. Adik-beradik saya yang menyertai percutian ini cumalah saya dan abang serta keluarganya. Kakak saya serta adik dan keluarga mereka tidak dapat menyertai kerana ada komitmen lain. Manakala mak cik saya membawa kesemua anak-anaknya yang berjumlah empat orang dan begitu juga dengan paksu saya yang membawa bersama isteri dan anak-anaknya. Cuma pakcik saya saja yang hanya membawa isteri dan seorang sahaja dari empat orang anaknya ke percutian itu. Banyak lagi sepupu-sepupu saya yang tidak dapat menyertai percutian ini mungkin kerana perancangan yang dibuat secara 'last minute'