Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

ENGLAND..ROAD TRIP DAY 4 - LAKE DISTRICT

Imej
Hari ke empat road trip di England, kami meneruskan perjalanan sejauh 128 km dari Manchester ke Lake District. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi menuju ke utara England. Kami ikut highway M61 terus ke Lake District. Kat highway ni ada restoran Subway halal. Saya set waze untuk ke M61 Services Northbound, Rivington sebab nak breakfast kat Subway Halal kat sini. Kawasan parking amat luas dan kami terus masuk ke Euro Garages untuk mencari Subway. Alhamdulillah, memang betul Subway kat sini halal. Kat UK ni selain dari Subway, KFC dan Nandos pun ada yang halal. Cuma kena pandai mencari dan boleh cari maklumat dari google. Kami terus order sandwich yang berkenan dihati serta kopi untuk menyegarkan mata untuk perjalanan yang akan melalui kawasan-kawasan indah ini.    Pemandangan di sepanjang perjalanan Kami keluar dari highway dan ikut jalan dalam menuju ke Bowness-on-Windermere. MasyaAllah, cuaca yang cerah dan sejuk membuatkan pemandangan menjadi lebih cantik. Kawasan