Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sabah

SABAH BIRTHDAY TRIP 2016 - Island Hopping (Pulau Sapi, Manukan & Mamutik)

Imej
Pada hari ke empat kami di sana, tibalah masa untuk main air pula..dah lama rasanya tak pergi ke pulau sejak ke Pulau Perhentian pada tahun 2015. Lama sangat dah rasanya. Kami ke Jesselton Point dan membuat keputusan untuk membeli tiket ke Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik. Malangnya cuaca yang sangat cerah pada mulanya berubah dalam sekelip mata. Jabatan Laut mengarahkan agar semua bot tidak berlepas buat sementara sehingga ribut dan hujan reda. Padahal masa tu dah masuk dalam bot tapi kena keluar semula sebab cuaca di sebelah pulau makin tidak memberangsangkan.    Kami menunggu hampir dua jam untuk hujan reda. Sepatutnya bertolak pada pukul 9 pagi tapi bertolak hampir pukul 12 tgh hari walaupun hujan telah reda pada pukul 11 pagi kerana menunggu bot yang tidak kunjung tiba. Yang mana dah beli tiket dengan company lain dah selamat ke pulau tetapi kami beberapa orang masih tersadai kerana bot tidak kunjung tiba. Teruk betul perkhidmatan company tu. Dah la sampai lambat bi...

SABAH TRIP DAY 3 - SABAH TEA PLANTATION, FISH SPA, RANAU HOT PORING & HOTEL PROMENADE KOTA KINABALU

Imej
Assalamualaikum semua pembaca yang mengikuti blog ini atau secara tak sengaja terbaca blog ini. Jarang-jarang dapat update dek kesibukan yang melampau. Sekarang pun tengah busy dengan kerja dan prepare itinerary dan book segala yang perlu untuk trip ke Hong Kong bersama suami dan kedua ibu bapa saya pada bulan Mac 2017 nanti sempena birthday suami saya yang tercinta tu. Kali ini bawa mak dan bapa saya sekali memandangkan sudah lama tak membawa mereka bercuti di luar negara. Kali terakhir kami membawa mereka ke Medan, Indonesia pada 2013. Tahun 2014 dan 2015 bercuti dalam negara sahaja dengan mereka. Walaupun begitu, sebagai anak yang baik (chewah, perasan!) saya tetap sponsor ground tour package parents saya masa mereka ke Bukit Tinggi, Sumatera pada minggu lepas bersama keluarga adik saya manakala adik saya membayarkan tiket penerbangan mereka. Saya tak ikut kerana ingatkan sibuk dengan penutupan akaun hospital rupanya tahun ini awal pulak tarikh penutupan iaitu pada 8 Disember..s...