SABAH TRIP DAY 3 - SABAH TEA PLANTATION, FISH SPA, RANAU HOT PORING & HOTEL PROMENADE KOTA KINABALU
Assalamualaikum semua pembaca yang mengikuti blog ini atau secara tak sengaja terbaca blog ini. Jarang-jarang dapat update dek kesibukan yang melampau. Sekarang pun tengah busy dengan kerja dan prepare itinerary dan book segala yang perlu untuk trip ke Hong Kong bersama suami dan kedua ibu bapa saya pada bulan Mac 2017 nanti sempena birthday suami saya yang tercinta tu. Kali ini bawa mak dan bapa saya sekali memandangkan sudah lama tak membawa mereka bercuti di luar negara. Kali terakhir kami membawa mereka ke Medan, Indonesia pada 2013. Tahun 2014 dan 2015 bercuti dalam negara sahaja dengan mereka. Walaupun begitu, sebagai anak yang baik (chewah, perasan!) saya tetap sponsor ground tour package parents saya masa mereka ke Bukit Tinggi, Sumatera pada minggu lepas bersama keluarga adik saya manakala adik saya membayarkan tiket penerbangan mereka. Saya tak ikut kerana ingatkan sibuk dengan penutupan akaun hospital rupanya tahun ini awal pulak tarikh penutupan iaitu pada 8 Disember..selalunya dalam 15-18 Disember...dah la MOF kasi notis lambat..last-last kena balik JB dari KL sorang-sorang sebab suami ada kursus di KL time tu (9-13 tu bercuti di KL)..alahai sedihnya mengenangkan nasib dah la gambar-gambar yang adik saya kirimkan melalui whatsapp tu cantik-cantik juga tempat dan pemandangan kat sana.
Ok..dah jauh sangat melalut..let's back to our topic ok! Percutian kami diteruskan pada hari ke tiga dengan mengunjungi Sabah Tea Plantation yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai dari Kundasang. Tapi seriously tak secantik Cameron Highland..jalan nak masuk ke situ juga tak bertar dan susunan pokok-pokoknya juga kurang menarik dipandang. Saya tak melepaskan peluang untuk menikmati Ice cream yang dihasilkan daripada teh di ladang ini dan juga merasa keenakan air tehnya. Tapi saya lebih menyukai English breakfast dan Afternoon Tea yang saya beli di London dan Harrods KL. Cuaca juga panas di sini tak macam di Kundasang. Kami turut membeli sedikit teh untuk dibawa pulang.
Seterusnya kami ke Kampung Luanti yang berdekatan dengan Sabah Tea Plantation ini untuk buat fish spa kat Sungai Moroli. Boleh tahan banyak ikan-ikan kat situ. Saya difahamkan ikan-ikan kelah yang banyak di sungai tersebut. Bayaran masuk ialah RM5 untuk 15 minit dan tambahan RM1 untuk makanan ikan. Of course la saya terjerit-jerit ketakutan sebelum masuk ke dalam air lagi..over mak nak! Last-last tak masuk pun..dok posing cantik jer kat tepi tu sambil ambil gambar suami saya yang macho membiarkan kakinya di gigit-gigit ikan tu. Saya masuk sekejap jer untuk ambil gambar..itupun siap pakai beach & pool shoes sambil memijak kepala-kepala ikan yang nak gigit kaki saya..hehehe...boring ikan tu lalu lari menyelamatkan diri dari dipijak-pijak oleh manusia penggeli tahap dewa macam saya :-)
Nampak tak siap pakai beach & pool shoes tu..hehehe.. |
Perjalanan kami diteruskan ke Hot Poring Ranau. Tapi kolam Hot Poringnya tidaklah sevogue kolam hot poring kat Lost World of Tambun...sekadar boleh-boleh saja..kat sini juga ada Taman Rama-Rama dan Canopy Walk yang sangat tinggi tu. Kata tukang jual tiket tu dalam 500 meter kena daki ke atas tapi kami rasa macam lebih tinggi daripada itu dan penat macam nak mati..sumpah tak nak naik dah sampai bila-bila..pancit giler..tenaga out! Menyesal giler naik atas tu. Sudah sepuluh tahun tak panjat gunung memang pancit habis dan minat nak memanjat tu dah pudar ditelan zaman. Canopy Walk kat situ sangat tinggi di antara pokok-pokok yang sangat tinggi dan curam-curam bukit..mata langsung tak berani nak pandang bawah..giler scary..taubat tak nak naik lagi dah! Sampai bawah kami melantak dulu kat restoren kat situ. Harga standard hotel..makanan dihias cantik tapi rasa out! Stress mak nak bila makan makanan tu mahal tapi rasa tak sedap..dah la penat, maka makanlah juga walaupun mulut tetap mengomel tak puas hati. Lepas makan ingat nak mandi sebab dah berpeluh sakan tapi bila tengok ramainya kanak-kanak sekolah buat rombongan kat situ terus tak jadi apatah lagi bila masuk toilet dan bilik persalinan..aduhai! Bila la org Malaysia nak jadi pembersih macam orang Jepun. Nak buang air pun terus tak jadi..sanggup tu tunggu singgah stesyen minyak dalam perjalanan balik ke KK. Kesian suami saya dah la kepenatan nak kena drive balik ke KK pulak..sepatutnya datang ke Hot Poring dulu pada hari sebelumnya..barulah tak kepenatan nak drive balik ke KK.
Pancit masa nak naik..asyik berhenti rehat |
Muka kepenatan |
Nasi goreng mahal..muka nampak cun sebab pakai beauty camera..kalau tak..huhuhu!! |
Kami sampai ke Hotel Promenade dah pukul 8.15 malam. Check in ke bilik deluxe mengadap laut terus kepenatan hilang tiba-tiba. Malam tu sempat lagi pergi food hunting dekat area kedai-kedai makan dekat Hotel Hyatt kat replika ikan tu. Hotel Promenade best sebab berdepan dengan Oceanus Mall yang ada Hard Rock Cafe di dalamnya...Saya cuma membayar lingkungan RM500 untuk harga bilik untuk dua malam. Tapi yang sedikit tak bestnya kena bayar parking setiap kali parking kat situ. Nasib baik pagi esok dah nak pulangkan kereta kalau tidak jenuh juga nak bayar parking berkali-kali. Malam itu kami tidur dengan kenyangnya dan nyenyaknya kerana keesokan hari nak bersnorkling pula di beberapa pulau Manukan, Sapi dan Mamutik.
Pemandangan indah dari bilik hotel kami |
Ikan kerapu sangat murah kat KK..besar tu RM18 jer..heaven! |
Ulasan
Catat Ulasan