Mencari Kedamaian di Cameron Highlands

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat peranginan tanah tinggi dan sejuk di Malaysia. Cameron Highlands sering dikaitkan dengan kaktus, buah strawberry, teh dan sayuran-sayuran segar serta pokok-pokok bunga yang cantik dan tumbuh dengan suburnya. Mungkin disebabkan cuaca sejuk maka pokok-pokok di sana segar bugar semuanya :-) Minum teh disana memang best..macam-macam perisa ada Boh tea centre.. Macam-macam perisa teh ada, kami memang akan beli banyak stok untuk setahun.. packaging memang menari k A t Kea Market..satu lagi tempat wajib pergi..borong bunga, buah dan sayur Hubby saya penggemar kaktus..kat rumah dah macam2 jenis kaktus ada Saya dan suami memang gemar bercuti ke Cameron Highlands. Sudah dua tahun berturut-turut kami ke sana. Selain daripada cuaca yang nyaman dan sejuk di sana, kami gemar melihat pokok-pokok yang cantik esp kaktus yang pelbagai jenis. Kami gemar membeli pokok tetapi untuk menjaganya kami malas..heheh...